SAHABAT BLOG

06 September 2013

Kebaikan Kenaikan Harga Minyak

Dua entry aku terdahulu adalah berkenaan negative impact kenaikan harga petrol. Tetapi pada kali ini aku cuba melihat dari pandangan positif pula, kot-kot ada.

Kenaikan petrol walaupun satu sen sekali pun akan dijadikan alasan untuk para peniaga menaikkan harga barang jualan mereka. Jika kita tanya kepada peniaga ayam kenapa naikkan harga ayam, mereka akan kata bahawa kenaikan tidak dapat dielakkan kerana pembekal telah menaikkan harga bekalan mereka. Jika kita tanya kepada pembekal kenapa naikkan harga ayam hidup kepada peruncit, pembekal pula akan memberi alasan bahawa penternak ayam telah menaikkan harga ayam. Kalau ditanya kepada penternak ayam, kenapa naikkan harga ternakan ayam mereka, mereka akan mengatakan makanan ayam telah naik. Beginilah seterusnya sehinggalah kita terpaksa menerima dengan pahit kenaikan harga ayam  di pasaran runcit. Peniaga ni seperti lagu bangau oh bangau. Akhirnya pengguna juga yang membuat keputusan.

Inflasi berkait rapat dengan tabiat kejatuhan nilai matawang bilamana harga sesuatu barangan melambung tinggi. Kenaikan harga barang banyak faktornya. Salah satu faktor yang diberitahu kepada aku oleh guru ekonomi aku ialah berkaitan dengan peningkatan di dalam permintaan pengguna. Maknanya semakin orang mahukan sesuatu barang itu, maka harganya semakin naiklah. Untuk menurunkan harga , maka pengguna kena kendurkan permintaan mereka. Macam mudah je.

Aku pula mengemukakan hipotesisbaru  iaitu semakin boros tabiat belanja pengguna, maka harga makin naik dan jika pengguna mengawal tabiat berbelanja mereka , maka harga akan turun.

Kalau tak percaya, lihat sahaja kepada tabiat orang kita sekarang ni. Tak kira masa, mereka akan keluar berbelanja samada siang, malam, pagi, petang, subuh, tengah malam, boleh dikatakan sepanjang masa. Kalau tidak mana ada restoran yang berani mengambil risiko  membuka perniagaan mereka 24 jam.

Apabila orang kita ni tidak dapat mengawal tabiat suka berbelanja luar terutama yang melibatkan barang makan, maka para peniaga pun tanpa segan silu akan menaikkan harga barang tanpa risau akan kehilangan pelanggan. Teori ekonomi kata, jika harga naik, permintaan akan jatuh. Tapi disebabkan tabiat berbelanja orang kita sekarang ini, permintaan jatuhlah sekejap, tetapi kembali meningkat seperti sedia kala. Pengguna kita tidak peduli dengan kenaikan harga barang kerana tabiat berbelanja yang telah sebati dalam diri itu sukar untuk diubah. Mereka rela kehilangan wang simpanan daripada membuang tabiat berbelanja luar mereka.

Jadi kenaikan harga minyak ini aku harapkan para pengguna termasuk aku dan keluarga akan mengawal sedikit tabiat berbelanja supaya lebih berhemah dan lebih berhati-hati. Kadang-kadang bukan nak kata orang lain, tapi diri aku sendiri, lebih gemar membeli makanan di restoran berbanding masak dirumah sedangkan kalau memasak dirumah itu ianya lebih bersih, selamat dan terjamin kehalalan dan toyiban. Air tangan sendirilah katakan. Bagi orang bandar, masalah masa yang menjadi alasan kerana suami isteri kdua-duanya bekerja. Ada juga hipotesis yang aku kemukakan iaitu negara yang mempunyai tenaga kerja wanita lebih ramai berbanding lelaki akan meningkatkan inflasi negara tersebut kerana tabiat berbelanja orang wanita ini lebih dasyat berbanding lelaki. Mesti ada orang pompuan marah. Ini hanya hipotesis dan bukannya betulpun. Kalau nak tahu ianya betul atau tidak, kenalah buat kaji selidik.

Aku harapkan dengan kenaikan harga minyak ini para pengguna akan mengendurkan sedikit tabiat berbelanja mereka. Apabila kurangnya pengguna membeli, maka para peniaga tiada jalan lain selain daripada menurunkan harga mereka kerana penawaran telah melebihi permintaan.

Kesimpulannya, kenaikan harga minyak ini merupakan hikmah dan peringatan daripada Allah S.W.T. supaya para pengguna ataupun rakyat ubah sikap, jangan boros dan berhemah bila menggunakan duit.


2 comments:

Wak Labu Farm said...

Kenaikan kos bahan api ni pasti akan mencetus kan kenaikan semue jenis barang keperluan. Tidak ade kase di muke bumi ni yang berupaye menahan nye melainkan kite tanggung saje dengan rele hati.

Anonymous said...


Baru 20 sen. Kerajaan BN kena naikan sebanyak RM2.00 bukan 20 sen.

Baru aku boleh kaya raya. Aku Ahli UMNO. Ada subsidi TOL,PTPTN,MINYAK,Tepong,Gula serta Lainx.

Padan Muka puakx PR. Kerajaan BN tolong naikkan harga minyak lagi tahun depan. Kenaikan RM2.00 seliter.

Baru ada akai orang PAS PKR DAP