SAHABAT BLOG

06 May 2013

6 Cadangan Putrarahman kepada DS Najib.

Ohhh...lega rasanya kerana pertarungan telah tamat. Terbukti BN masih diberi kepercayaan untuk menerajui Malaysia untuk tempoh 5 tahun lagi. Banyak benda yang tidak disangka sebenarnya berlaku dalam PRU13 ni. Maklumlah aku bukannya membuat analisa dengan teliti pun. Aku jangkakan kemenangan yang akan diperolehi oleh BN dan PR hampir sama iaitu perbezaan yang terlalu sedikit. Maklum sahajalah, kalau kita lihat akhir-akhir ni, PR begitu mendabik dada bahawa mereka bakal menawan Putrajaya. Gerun juga aku mendengarnya. Rupanya habuk pun tara. Bahkan parlimen Putrajaya yang digegarkan dengan ribuan pendengsar semasa ceramah PR pun hanya sekadar masuk angin keluar asap. 

Namun kalau aku lihat secara kasar, aku dapati bahawa pengundi melayu terutama pengundi luar bandar cukup berterima kasih kepada BN. Terima kasih daun keladi.ha ha ha. Namun demikian, melayu bandar ataupun melayu pinggir bandar, mereka sudah tidak sabar hendak tukar kerajaan. Kalau 2008 mereka sokong BN, tetapi tahun 2013, mereka berpaling tadah menyokong pembangkang. Contoh di negeri aku iaitu Terengganu. Semua DUN termasuk Parlimen yang mempunyai pengundi bandar dan pinggir bandar di sapu bersih oleh PAS dan PKR. Nasib baik pengundi di hulu yang jauh dari bandar masih setia kepada BN. Orang luar bandar ni lebih pandang kedepan berbanding orang bandar. Orang bandar ni kira nak ubah je, tak kisahlah apa bakal berlaku, mereka tidak peduli. Janji ubah. 

Orang Cina. Ada orang kata "Chinese Tsunami". Apa yang boleh aku katakan kepada pengundi Cina. Hampir 90 % dari mereka adalah rakan atau teman yang tidak boleh dipercayai. Apabila ada peluang baik, mereka sanggup tinggalkan rakan dan bukan setakat tinggalkan rakan, tetapi sanggup tikan dan hentam rakan yang telah bersama-sama mereka selama ini. Inilah yang berlaku kepada Cina MCA. Semasa BN kuat dahulu, merekalah yang menjadi rakan setia BN untuk menentang DAP. Akan tetapi bila DAP menjadikan "ini kalilah" Putrajaya akan berubah kepada Pakatan Rakyat, Cina MCA ni telah berpaling tadah. Mereka melihat ini kalilah peluang mereka untuk melepaskan diri dari cengkaman UMNO dalam pemerintahan negara. Mereka sudah tidak sanggup lagi untuk diberikan peranan sebagai Timbalan dalam apa jua kementerian, maka mahukan jawatan yang lebih besar. Maka tidak hairanlah mereka tanpa ragu dan dengan begitu bersungguh-sungguh menolak BN dan memilih PR. Bukan sorang dua, atau seribu dua, tetapi hampir 99% (aku agak je) Cina memilih PR dalam PRU 13 ini. Mereka tak peduli calon tu Melayu atau India, yang penting PR, mereka akan pilih. 

Berbeza dengan kaum India. Sokongan mereka kepada BN semakin meningkat. Sebenarnya kaum India ni tak ramai dalam Malaysia ni. Mereka cuba bergantung kepada DAP, mereka dipinggirkan. mereka cuba bergantung kepada PKR, mereka dipinggirkan. Akhirnya mereka kembali kepada BN. Sekurang-kurangnya ada juga kaum mereka yang mkenjadi Menteri dan Timbalan menteri. Terbela juga nasib mereka. Kalau nak mengharap lebih susahlah. 

Jadi saranan aku kepada DS Najib:-

1. Orang Cina usahlah dijadikan teman atau kawan yang boleh dipercayai kerana kalau mereka ada peluang, mereka akan sabotaj dan hentam kawan. Ini terbukti dalam PRU 13 ini.

2. Orang Melayu dan bumiputera Sabah/Sarawak luar bandar hendaklah diberikan keutamaan kerana terbukti merekalah penyokong kuat BN dalam PRU 13 ini. Tanpa sokongan  mereka, BN bakal kecundang. Orang Melayu bandar pula, pandai-pandailah hendak tarik kembali sokongan mereka. 

3. Orang India ni kena dibantu kerana terbukti mereka kembali memberikan sokongan kepada BN. Namun kenalah tengok-tengokkan kerana mereka pun bukannya boleh dipercayai sangat. Kalau DAP dan PKR kembali menerima mereka, tidak mustahil mereka akan kembali kepada PR. Pakatan Rakyat sedar bahawa mereka rugi besar tanpa sokongan kaum India kali ini.

4. Di Terengganu tu, iaitu Negeri Kelahiran aku, usah ditukar MB sedia ada. Bukan bermakna dia bagus sebenarnya dia tidak bagus pun kerana kalau dia bagus takkan Terengganu hampir jatuh kepada PAS. Bimbang kalau tidak dilantik semula, dia buat perangai keluar parti dan menyokong PAS. Jadilah macam kes di Perak dulu. Jadi walaupun tak bagus, kena terima hakikatlah. Bila dah masuk 4 tahun, bolehlah tukar dia dengan orang lain pulak.

5. Aku janji yang dibuat dalam manifesto BN hendak dilaksanakan. Kalau boleh utamakan janji-janji untuk rakyat luar bandar dan kaum India. Yang lain-lain tu "lain Kalilah". 

6. Akujanji kepada Sekolah Cina kalau ada,  tangguhkan dahulu, kerana kalau beri atau tidak beri pun mereka tetap sokong PR. Jadi lebih baik tak bagi. Agihkan peruntukkan itu untuk diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil. 

Putrarahman mohon mencadangkan. Sekian Terima Kasih.


















4 comments:

Anonymous said...

Tambah satu lagi ;
Naik taraf ekonomi (secara fasttrack ie dlm masa 1-2 thn saja) org melayu dan bumiputera termasuk indian untuk memecahkan dominasi puak2 cina di pelbagai sektor penting spr pembinaan, alat ganti kenderaan, perkilangan dsb. ( caranya ; wujud dana khas, dirikan pusat perniagaan utk melayu/bumi/indian di kwsn yg di control cina, kembangkan peranan mara, dsb.
Pendik nya : beri persaingan lebih kepada mereka ( tapi krjaan BN kena sungguh2 bantu)

Anonymous said...

Dah terbukti kat GELANG PATAH.Pada PRU12 letak calon MCA diorang kasi menang...apabila kita letak calon Melayu dia kasi punah...Inilah dia talam 2 muka...orang melayu harus beringat. aku ingat kalau datuk Hasssan Ali menerajui PAS aku pasti Pas akan kembali kepada UMNO dan kita akan bertambah kuat.

Anonymous said...

bang, yang nombor 6, aku aku tak setuju dan yakin bebenor Najib lagi tak setuju. No. 6 tetap akan menjadi prioritynya sebab kalau tak dilaksanakan, tidaklah nanti jadi popular. bukan kah Najib mahu menjadi popular, sabung kalah takper asal glamour ada.

Anonymous said...

Dan lagi banyakkan kedai 1Malaysia. Kalau boleh di setiap daerah! Kuasa membeli di tangan kita! Mydin dan kedai 1Malaysia itulah pilihan kita sekarang!