SAHABAT BLOG

07 May 2013

Ini Kalilah.......

Ini kalilah..ha ha ha.
Ini kalilah ..he he he.
Ini kalilah..hu hu hu...

Pertanyaan yang mencabar minda anda. Mana lebih hebat, slogan "1Malaysia" ataupun slogan "Ini Kalilah". Bagi akulah, slogan "Ini Kalilah" lebih hebat, lebih transformer .

Slogan 1Malaysia dah berkumandang selama 4 tahun tetapi hasilnya amat menyedihkan. Minta maaf DS Najib, inilah realitinya. Lihatkan apa yang dilakukan oleh kaum cina dalam PRU 13.

Slogan "ini kalilah" hanya diperkenalkan kurang dari sebulan yang sudah. Hasilnya cukup hebat, cukup power, cukup mengujakan. Ianya telah mentransfomer kaum Cina hampir 100%.

Jika benarlah slogan "ini kalilah" ini cukup berkesan, maka DS Najib bolehlah meminjam slogan ini untuk digunakan dalam beberapa perkara untuk melihat keberkesanannyan. Antara perkara yang aku boleh cadangkan seperti di bawah:-


Ini Kalilah...
Orang Cina telah memberi makna kepada perjuangan politik mereka. Kalau orang melayu tak faham-faham lagi, aku tak tahulah apa nak labelkan dorang ni.

Ini Kalilah..
Orang Melayu tahu sejauh mana semangat setia kawan orang Cina. Kesian MCA dan Gerakan. Mereka telah dikhianati oleh ahli mereka sendiri.

Ini Kalilah..
Orang Cina tak memerlukan Barisan Nasional lagi untuk membela nasib mereka. Aku bengang dan geram bila melihat majoriti yang diperolehi calon DAP. Kalau majoriti lebih kurang aku tak kisah sangat, tetapi majoriti melampau sangat.

Ini Kalilah..
Orang India melakukan tindakan bijak dengan memihak kepada BN setelah kecewa dengan layanan DAP dan PKR. Nasib baik India menjadi penyelamat di sesetengah kawasan seperti di Cameron Highland.

Ini Kalilah...
Masanya UMNO dan PAS wajib bersatu demi mempertahankan kuasa politik Melayu Islam agar tidak tergugat. Aku harap kedua-dua pemimpin UMNO dan PAS berfikir dengan akal dan bukan dengan nafsu bila berbicara tentang survival orang Melayu Islam.

Ini kalilah..
Orang Melayu dan bumiputera Luar bandar dan India  dibantu untuk memajukan diri. Mereka telah menunjukkan bahawa mereka adalah kawan sejati BN.

Ini kalilah..
Orang Melayu Luar Bandar menunjukkan sokongan mereka kepada UMNO dan menolak PAS dan PKR.

Ini Kalilah..
Masanya UMNO ambil balik kawasan Melayu yang diberikan kepada MCA kerana MCA sudah tidak mampu lagi menjaga kawasan yang dihadiahkan kepada mereka. PRU 14 nanti, pembahagian kawasan bergantung kepada majoriti penduduk. Kalau Melayu majoroiti, maka calon UMNO yang wajib bertanding.

Ini Kalilah..
Anak-anak muda Melayu dan India diberikan segala bentuk bantuan untuk memulakan sekecil-kecil perniagaan sehingga ke sebesar-besar. Orang Cina tidak perlukan bantuan lagi kerana mereka sudah boleh berdikari.

Ini Kalilah..
Anak-anak muda Cina digalakkan untuk meneruskan kehidupan mereka tanpa bergantung harap kepada kerajaan BN. Harap mereka berjaya seperti selalu.

Ini Kalilah..
Masanya MCA tiada  wakil dalam kabinet sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Mungkin juga sorang dua Cina dari Sarawak akan dilantik. Cina Sarawak lebih bersifat kenegerian.

Ini kalilah..
Masanya Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah-Sekolah Pondok dibantu sepenuhnya, tidak ketinggalan juga Sekolah  Jenis Kebangsaan Tamil.

Ini kalilah..
Masanya aku kena start bayar hutang PTPTN yang tertangguh buat seketika. Nasib baik belum black list..ha ha ha ha. Kalau PR menang tak payah bayar...Tapi takkan aku sanggup gadai masa depan anak cucu aku dek kerana hutang beberbelas ribu tu.

Ini kalilah..
Masanya BN pening kepala memikirkan bagaimana hendak mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN.

Ini kalilah..
Masanya aku mula memikirkan samada hendak bertanding jawatan Ketua Cawangan ataupun tidak.

Ini kalilah...ini kalilah... banyak lagi sebenarnya.



No comments: