Memang benar sebagaimana dikatakan oleh bahawa Tian Chua mendakwa bahawa kejadian tembak menembak antara kumpulan penganas Sulu dengan anggota keselamatan Lahad Datu adalah konspirasi UMNO untuk menarik perhatian rakyat. Perkara ini diakui sendiri oleh pengarang Keadilan Daily dalam keterangan kepada pihak Polis. Kenyataan ini dibuat sebelum berlakunya kematian anggota VAT69.
Isunya disini bukan pasal kenyataan yang dibuat selepas ada kematian atau sebelum adanya kematian anggota VAT69. Isunya adalah berkenaan sikap busuk hati dan prasangka buruk yang melampau yang dihamburkan oleh Tian Chua terhadap UMNO. Tidak mungkin seorang pemimpin yang baik yang ingin dihormati oleh kawan dan lawan sanggup mendakwa UMNO sedemikian. Realitinya memang pemimpin pembangkang ni semuanya jahat-jahat terhadap UMNO.

Jika peristiwa yang tidak munasabah ini boleh diprasangkanya sebagai mainan konpirasi UMNO, apatah lagi peristiwa lain yang lebih munasabah. Jika isu Lahad Datu ini membuktikan dakwaan konpirasi UMNO adalah tidak betul, sudah tentu teori konpirasi lain yang didakwa oleh mereka semuanya tidak betul.
Pandangan Tian Chua ini sebenarnya mewakili mentaliti kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PKR. Mereka seboleh mungkin akan cuba meracuni fikiran rakyat dengan teori konpirasi UMNO jika ada isu-isu melibatkan pemimpin mereka ataupun isu-isu yang dilihat bakal menguntungkan UMNO. Tujuannya mereka supaya sesuatu perkara yang benar-benar berlaku itu akan dianggap konpirasi semata-mata.
Contohnya teori konpirasi Liwat Anwar Ibrahim, Teori Kompirasi Membalun China Doll, Teori Konpirasi Dahi Berplaster, Al Maunah, Lynas dan banyak lagi. Apabila perkara-perkara ini apabila muncul, dengan pantas tanpa bertangguh mereka mengatakan bahawanya adalah konpirasi UMNO. Tujuan mereka adalah untuk menanam ke dalam minda rakyat bahawa perkara yang dituduh atau berlaku adalah mainan konpirasi UMNO. Aku tidak mengatakan bahawa perkara ini benar-benar berlaku atau pun tidak berlaku, tetapi apa yang aku nak bagi tahu bahawa sesuatu perkara itu tidak boleh terlalu awal dikatakan konpirasi UMNO sebelum ianya dibuktikan.
Dalam isu Lahad Datu, walaupun telah banyak bukti mayat penganas dan juga kematian dipihak anggota keselamatan, masih ramai penyokong Pakatan Rakyat yang mendakwa dan mencari-cari bukti bahawa itu adalah sandiwara UMNO kerana mereka semua telah terhasut dengan statement awal yang dibuat oleh pemimpin mereka.
Ada beberapa kemungkinan kenapa pemimpin Pakatan Rakyat cepat-cepat mengatakan bahawa kes Lahad Datu adalah mainan UMNO. Pertama untuk menanam perasaan supaya rakyat semakin benci terhadap UMNO. Keduanya adalah untuk menimbulkan mood penafian dalam fikiran rakyat jika isu itu dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Ketiganya adalah untuk memberi peluang kepada para pengamal media sosial Pakatan Rakyat menggunakan isu Lahad Datu sebagai modal untuk mereka menghentam UMNO.
Walau apapun kemungkinan yang mereka fikirkan dan harapkan, rakyat sebenarnya sedar bahawa Lahad Datu bukannya satu sandiwara. Ianya kisah benar yang akan menjadi sejarah hitam negara. Siapa yang menjadi dalang samada pemimpin Pakatan Rakyat ataupun sesiapa sahaja, pastinya mereka semua ini adalah pengkhianat negara dan berdosa dunia dan akhirat.

Dipihak UMNO pula, apa lagi yang boleh dilakukan oleh UMNO jika semakin ramai rakyat yang taksub dengan pembangkang. Semakin dunia menuju ke penghujungnya, maka semakin banyaklah pemimpin-pemimpin dan rakyatnya yang rosak dan teruk diangkat menjadi pemimpin sesebuah negara. Allah S.W.T. telah berfirman bahawa dunia ini akan hancur angkara perbuatan manusia juga.
No comments:
Post a Comment