Penduduk Flat Taman Ampang Jajar Minta Kerajaan Negeri Bina Surau
BUTTERWORTH, 9 Jan - Penduduk beragama Islam di Flat Taman Ampang Jajar di sini pada Rabu menggesa kerajaan negeri pakatan pembangkang menyiapkan segera pembinaan sebuah surau di kawasan mereka setelah perancangan pembinaannya diluluskan sejak tiga tahun lepas.
Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ampang Jajar Abu Bakar Md Zain, 61, berkata pihaknya telah beberapa kali mengemukan aduan kepada Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) agar pembinaan surau itu dipercepatkan namun tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang.
"Tapak untuk pembinaan surau memang ada dan ia terbiar sehingga ditumbuhi semak samun.Kami penduduk beragama Islam di sini minta kerajaan negeri segera membina sebuah surau bagi keperluan umat Islam.
"Sejak flat ini diduduki empat tahun lepas, penduduk beragama Islam yang mahu bersolat jemaah terpaksa bersembahyang di sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah kami," katanya pada sidang akhbar di sini.
Sementara itu, Ahli Majlis MPSP, Ahmad Farid Arshad ketika ditemui di tapak surau berkenaan berkata pembangunan surau itu dicadangkan pada 2008 dan beliau akan merujuk masalah itu kepada MPSP.- BERNAMA
Guang Eng Letak Batu Asas Pembinaan Surau Ampang Jajar
KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyempurnakan majlis perletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa mengena serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.
"Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini.
"Tetapi, Kerajaan Negeri tetap fitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," ujar beliau dalam satu majlis, di sini.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Pengangkutan) turut hadir pada majlis itu.
Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man, Salahudin Nasir (Pegawai Agama Daerah Seberang Perai Utara), Abu Bakar Zin (Pengerusi Surau PPR Taman Ampang Jajar) dan Ahmad Farid Md. Arshad (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).
Malik dan Salleh turut berucap Pada majlis tersebut.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat Pulau Pinang kini semakin bijak dengan kemudahan mengakses maklumat internet hatta tidak mudah terpengaruh oleh politik fitnah pembangkang.
Sebelum pada itu, Guan Eng mengumumkan peruntukan agama Islam RM400,000 untuk membina surau di atas sebidang tanah milik MAINPP yang berkeluasan 587 meter persegi, di sini.
Surau yang mampu menampung 150 Orang jemaah dalam satu-satu masa itu syarat siap dalam tempoh 12 bulan.
Sementara menunggu proses tender terbuka dilaksanakan sekarang, Guan Eng berkata, projek itu diharapkan bermula seawal Jun depan.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) diberi tanggungjawab menyelia projek murni yang akan dikendali oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/02/macai-macai-umno-mai-tengok-ni.html#ixzz2MDCwh8QD

No comments:
Post a Comment