SAHABAT BLOG

01 March 2013

BR1M Bukan Gula-Gula PRU13

Hebat betul penangan yang dilakukan oleh PM DS Najib sehingga para penyokong Pakatan Rakyat meroyan sakan dan tak senang duduk. Banyak betul kebaikan yang dilakukan oleh DS Najib dari yang kecil sehinggalah yang besar, semuanya telah ditafsirkan oleh Pakatan Rakyat sebagai 'gula-gula' untuk PRU 13 nanti.

Adakah semua mereka yang menerima BR1M akan menyokong BN dalam PRU 13 nanti. Kalau Jawapannya  YA, maka betullah BR1M itu adalah gula-gula yang diberikan oleh BN untuk menarik rakyat untuk menyokong BN dalam PRU 13 nanti. Namun demikian, kalau ramai yang memberikan jawapan TIDAK, maka bagaimana mungkin ianya boleh dikatakan gula-gula.

Aku difahamkan, BR1M itu diagihkan kepada semua rakyat yang layak tidak kira penyokong BN ataupun penyokong PR. Maksudnya di sini, jika ada rakyat yang diberikan BR1M mengatakan mereka TIDAK akan menyokong BN dalam PRU13 nanti,  apakah asas untuk mengatakan BR1M itu bertujuan untuk memastikan rakyat menyokong BN dalam PRU13 nanti.

Kepada yang masih bengong dan masih bengal lagi, apa yang aku maksudkan ialah, undi adalah rahsia. Tidak ada sesiapa yang boleh memegang tangan kita untuk membuat tanda X pada kertas undi , tidak ada sesiapa yang akan menolong kita untuk membuat tanda X semasa mengundi nanti. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang menerima BR1M diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih parti mana yang mereka hendadk undi. Hanya mereka dengan Allah S.W.T. sahaja.

DS Najib ataupun kerajaan BN hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah untuk mengagihkan kekayaan negara secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat. Tidak semua kerajaan dan pemimpin di dalam dunia ini mampu melakukan perkara yang sama. Mungkin apa yang diberikan oleh kerajaan sesebuah negara atau negeri itu lebih baik lagi daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan BN dan mungkin juga ada pemimpin kerajaan dalam dunia ini lebih teruk walaupun negara kaya raya dan  tidak ada inisiatif untuk membantu rakyatnya.

Kita tak perlu pergi jauhlah, dalam negara kita ini ada berbagai-berbagai jenis pemimpin yang memimpin negeri masing-masing. Setiap negeri sudah tentu mempunyai hasil dan sumber kewangan tersendiri. Kenapa negeri-negeri ini tidak menggunakan sumber kewangan negeri mereka untuk diagih-agihkan kepada rakyat negeri masing-masing. Bagi negeri Kelantan mungkin boleh dimaafkan kerana MB dia mengaku tidak ada duit. Tidak ada duit ini soal lain. Tetapi bagaimana pula dengan negeri-negeri lain yang kaya-raya. Kalau tidak ada idea untuk mengagihkan duit kepada rakyat, kenapa tidak ditepati janji-janji dalam PRU12 yang lalu. Berapa banyak janji-janji di Selangor yang tidak ditunaikan oleh pemimpin mereka.

Apa yang aku ingin katakan di sini, semuanya terpulang kepada siapa pemimpin yang menjadi pemimpin. Bagi pemimpin yang pandai dan rajin mencari duit, maka negara atau negeri masing-masing akan mempunyai banyak duit.  Bila dah ada duit ianya juga bergantung kepada siapa pemimpinnya kerana tidak semuanya mempunyai idea dan baik hati dan menyayangi rakyat mereka. Seperti seorang yang kaya raya tetapi kedekut untuk memakmurkan anak-anak masing-masing. Membiarkan anak-anak berusaha sendiri untuk mencari rezeki.

Dalam isu lain yang ada kaitan dengan perkara di atas, aku tidak setuju betul dengan artikel di bawah ini. Tidak sepatutnya sebagai serorang rakyat Malaysia (aku kira rakyat Malaysia kerana beliau pandai menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik) menyamakan pemimpin Islam yang dipilih oleh rakyat sebagai Iblis. Penulis yang sebegini sudah melampaui batas-batas kemanusiaan dan menyamai taraf kebinatangan.

Perdana Menteri Malaysia Adalah Iblis

janji_ditepati_iblis

LAMAN ini menyokong kenyataan artis Bob Lokman 2 hari lepas di Perak yang mendakwa program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerupai janji Iblis dalam satu kisah dongeng orang Arab untuk menyesatkan umat Nabi Adam ketika Iblis dihalau keluar dari syurga.
Menurut seorang rakan, apa yang dilakukan Najib sekarang dengan menepati janji itu, samalah dengan Iblis yang menepati janjinya dengan Tuhan untuk menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat (Armageddon) kelak.
Dalam masa yang sama, program itu semata-mata untuk memalukan Pakatan Rakyat kerana kegagalan melaksanakan beberapa janji dalam manifesto tahun 2008.  Najib terlupa bahawa Pakatan Rakyat hanya wujud selepas PRu12 Mac 2008, bukan sebelum!!
Maka itu tidak kewajiban melaksanakan janji yang dibuat pihak lain (Barisan Alternatif).
Walaupun ada satu pendapat lain yang menyebut kepada suarapakatanrakyat.com Bob Lokman sebenarnya tersilap kerana dalam kisah dongeng tersebut, Iblis bukannya berjanji tapi meminta izin kepada Tuhan untuk menyesatkan manusia.
Laman ini berpandangan, berjanji atau meminta izin, bukanlah satu masalah yang begitu besar, yang penting ialah Iblis meminta, Tuhan membenarkan dan Iblis melaksanakan janji tersebut – Janji Ditepati!!
Samalah dengan program yang dianjurkan Najib!!
Dalam masa yang sama, laman ini berharap tidak ada sesiapa di luar sana yang memutar belitkan fakta dengan menghukum semua orang yang menepati janji sebagai Iblis.  Perkara ini hanya terhad kepada program Janji Ditepati sahaja seperti yang disebutkan Bob Lokman.
Walaupun tiada alasan diberikan, tapi laman ini berpendapat memang program Janji Ditepati oleh Najib itu mempunyai unsur-unsur ‘keiblisan’ kerana ia bertujuan buruk, janji ditepati supaya rakyat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang, bukan kerana ikhlas untuk membantu rakyat.
Adalah lebih baik janji tidak ditepati kerana halangan kewangan dan yang seumpama dengannya, daripada mempunyai niat yang tidak baik seperti itu.
Malah jangan terkejut, nama Najib itu sendiri, ada sebahagian nama Iblis di dalamnya, NAJIBLIS.
Jadi jangan hairan kenapa Bob Lokman berhukum demikian kerana Najib memang Iblis!!  Orang Islam perlu yakin dengan Bob Lokman dan tidak mempersoalkan kenyataannya kerana Bob Lokman bukan calang-calang orang.  Dia adalah cucu kepada Tok Kenali (ulama terkenal Kelantan) dan sanggup meninggalkan kemewahan dalan bidang hiburan untuk menyertai PAS.
Bukan calang-calang orang yang boleh melakukan perkara sama yang dilakukan oleh Bob Lokman

No comments: