Kerajaan sedang sibuk mengagihkan BR1M kerapa rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang layak. Pada masa yang sama juga Pakatan Rakyat juga sibuk mengagihkan janji kepada Rakyat. Jadi sekarang ini mana yang lebih berkuasa, samada duit BR1M yang jelas dan nyata ataupun janji-janji yang belum tentu ditunaikan.
Selepas diagihkan BR1M ini, kerajaan akan mengagihkan janji mereka pula melalui manifesto PRU BN. Pada masa itu, apa pula yang diagihkan oleh PR?
Manifesto PR adalah berkonsep mengurangkan pendapatan nyata dan meningkatkan perbelanjaan nyata. Mereka bergantung kepada pendapatan tidak nyata iaitu penghapusan rasuah, monopoli dan sebagainya sebagai salah satu sumber untuk menampung perbelanjaan nyata yang meningkat.
Menurut kenyataan Rafizi Ramli, beliau mendakwa kos untuk menunaikan janji manifesto mereka cuma berjumlah RM45 billion sahaja. Statement ini aku terbaca dalam Sinar Harian di SINI. Jika dilihat kepada begitu banyak perancangan pemberian subsidi dan percumaan yang ditawarkan oleh P termasuk perbelanjaan untuk menguruskan berpuluh Universiti Awam di negara ini dan juga bayaran yang perlu dibayar kepada Universiti Swasta sebagai ganti yuran pelajar , aku tidak fikir jumlah RM45 billion itu satu angka yang munasabah. Orang yang mudah ditipu bolehlah ditipu, tetapi mereka yang ada akal untuk berfikir sudah tentu akan berfikir secara logik.
Di samping itu juga, bagi sebuah kerajaan yang sedang meningkat maju, sudah tentu jumlah perbelanjaan yang diperlukan beratus billion. Untuk meningkatkan ekonomi negara sehingga 7 % setahun, bukannya satu usaha yang mudah untuk dilaksanakan. Kerajaan perlu menyediakan pelbagai projek pembangunan samada oleh kerajaan sendiri mahupun daripada projek swasta. Apabila banyak pembangunan dan juga pelaburan, maka barulah ekonomi negara rancak kerana rakyat mempunyai pendapatan untuk merancakkan ekonomi negara.Darimana kerajaan hendak mendapatkan bajet untuk membangunkan pelbagai projek pembangunan bagi merancankkan ekonomi negara sehingga 7% setahun, sedah tentu kerajaan perlu berhutang. Kerajaan perlu meminjam dari institusi kewangan dengan menerbitkan sukuk, kerajaan perlu meluaskan pasaran sukuk sehingga ke luar negara. Kalau idak macamana kerajaan hendak cari duit?
Bagaimana hendak merancakkan ekonomi negara jika sekiranya hanya RM45 billion sahaja yang dibelanjakan untuk merealisasikan sebuah manifesto yang begitu banyak pemberian. Tak perlu pergi jauh, cuba bayangkan bagaimana boleh ekonomi berkembang sehingga 7 % setahun jika sekiranya hanya RM45 billion sahaja dibelanjakan oleh kerajaan. Bagaimana rakyat hendak mendapat pendapatan minimum sebulan RM4,000 jika hanya RM45 billion sahaja yang dibelanjakan oleh kerajaan.
Aku fikir, mungkin Sinar Harian salah lapor atau memang Rafizi Ramli ini cuba untuk mengaburkan rakyat. Itu satu jumlah yang teramat kecil. Satu jumlah yang sungguh tidak masuk akal.
Kos tunai manifesto hanya RM45 bilion, kata Pakatan
27 Februari 2013
Beliau berkata, manifesto empat teras itu mengambil kira kos aliran tunai setiap tahun untuk melaksanakan perkara-perkara yang digariskan.
Menurutnya, PR juga tidak akan melaksanakan manifesto ini sekali gus, sebaliknya secara berperingkat-peringkat.
"Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan hanya akan menelan belanja sebanyak RM45.75 bilion.
"Ini bermakna ia tak benar seperti dakwaan BN yang mengatakan manifesto kita akan menelan belanja yang lebih besar daripada kerajaan sebelum ini.
"BN hanya nak takutkan rakyat, kita telah ambil kira aliran tunai setiap tahun dan akan dilakukan secara berperingkat kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, PR juga menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding BN iaitu mengekang pembaziran dengan membanteras rasuah dan menyusun keutamaan dalam perbelanjaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
"Kita akan gunakan pendekatan yang berbeza dengan BN yang lebih telus," katanya lagi.
Difahamkan, kerajaan Selangor yang diperintah pembangkang dalam projek kerja raya 2012 telah dapat membuat penjimatan sebanyak 24 peratus daripada RM10 bilion yang diperuntukkan.
Oleh itu katanya, jika 24 peratus dapat dilaksanakan ke atas setiap projek di bawah kawalan kerajaan yang menelan belanja sebanyak RM206 bilion pada tahun ini, maka RM49 bilion boleh dijimatkan.
Selain itu, manifesto ini dapat dilaksanakan apabila berlakunya peningkatan hasil pertumbuhan ekonomi akan mencecah tujuh peratus.
Dalam pada itu kutipan cukai tambahan pada nisbah purata 20 peratus akan membawa pendapatan tambahan RM4 bilion setiap tahun dan penyusunan semula keutamaan peberlanjaan seperti pemberian subsidi, rundingan monopoli dan pampasan, dan sebagainya dapat meneruskan pelaksanaan manifesto kepada rakyat.
Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata, dalam melaksanakan manifseto, PR akan memberi keutamaan dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan rakyat terlebih dahulu.
Rafizi juga berkata, sejak 40 tahun lalu BN hanya menggunakan manifesto sebagai alat menggulakan rakyat untuk memancing undi pada pilihan raya berbanding PR.
"Kita akan utamakan yang berkaitan rakyat terlebih dahulu seperti pendidikan, persekolahan dan sebagainya.
"Bukan seperti BN yang membelanjakan berjuta ringgit untuk menyiapkan bangunan Seri Perdana dan menggulakan rakyat dengan janji paslu," katanya.
Isnin lalu, PR telah membentangkan manifestonya pada konvensyen kali keempat.
No comments:
Post a Comment