SAHABAT BLOG

14 March 2013

Reaksi Parti Politik dan Pemimpin Mereka Terhadap Krisis Lahad Datu

Krisis Lahad Datu kali ini memberikan satu pengajaran berguna kepada rakyat Malaysia yang berbangsa melayu jika sekiranya mereka peka dan mengikuti perkembangannya dengan teratur.

Di bawah ini aku senaraikan reaksi parti politik popular di negara kita ini berkenaan insiden Lahad Datu yang aku kaji melalui google melalui kata kunci . Nama Parti - Wira Lahad Datu; Nama Parti - Pencerobohan Lahad Datu; Nama Pemimpin - Wira Lahad Datu; Dewan Pemuda PAS - Pencerobohan Lahad Datu.

1. UMNO - UMNO terlibat secara langsung. UMNO adalah parti yang paling ambil berat, paling membantu anggota keselamatan dan keluarga mereka. Pemimpin dari peringkat tertinggi sdehinggalah keperingkat bawahan, semuanya mengambil berat.

2. PAS - PAS juga mengambil berat dan melahirkan simpati. Malahan mereka sanggup untuk menghantar anggota parti mereka ke medan perang jika diperlukan. Malahan ketibaan wira-wira yang gugur juga disambut dan dihulurkan bantuan.

3. PKR - Parti caca marba ni asyik komplen sahaja berkenaan anggota keselamatan kita. Mereka bukannya mahu menolong tetapi asyik komplen sehingga sanggup mengatakan ianya sandiwara UMNO. Pemimpin mereka yang menyambut ketibaan jenazah wira yang terkorban pun dengan ketawa riang. Nasib baik ada kerajaan Selangor yang tubuh dana RM10 juta untuk Wira Lahad Datu.

4. MIC - Walaupun tak banyak beri komen, tetapi mereka hulurkan bantuan sebanyak RM40K kepada wira Lahad Datu yang terkorban.

5. MCA - adalah parti paling teruk sekali respond mereka terjhadap krisis di Lahad Datu. Langsung tak ada simpati dari MCA terhadap wira Lahad datu tyang terkorban dan yang masih menjalankan tugas.

6. DAP - sama spesis dengan MCA. Mereka langsung tidak menunjukkan simpati, tetapi sibuk membantai usaha BN untuk menamatkan krisis. Mereka memperlekehkan usaha anggota keselamatan kita di Lahad Datu. Lim Kit Siang pula sibuk mengesa supaya diadakan Sidang Parlimen. Mesti ada niat lain dalam kepala beliau.

Dari senario di atas, boleh aku simpulkan bahawa DAP dan MCA yang majoriti dihuni oleh kaum cina merupakan parti politik yang paling tidak respond dan paling tidak mengambil tahu akan apa yang berlaku di :Lahad Datu. Kedua-dua parti ini langsung tidak menunjukkan simpati mereka terhadap wira-wira yang terkorban di Lahad Datu. Mungkin aku silap, minta maaflah ye.

Parti yang paling mengambil berat adalah UMNO dan PAS. Kedua-dua parti ini dimiliki oleh bangsa melayu.

MIC walaupun parti bukan melayu, ada juga menghulurkan bantuan.

PKR adalah parti yang caca marba dan sukar untuk membaca niat dan tindakan mereka kerana apa yang ada dalam kepala mereka hanyalah jawatan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.


No comments: