SAHABAT BLOG

03 March 2013

Terkini Krisis Lahad Datu: Penceroboh Mati Di Tangan Penduduk Kampung

Tahniah dan syabas aku ucapkan kepada penduduk di Semporna kerana berjaya membunuh penceroboh asing yang datang menceroboh kampung mereka. Sesungguhnya mereka semua adalah hero.

Aku harap selepas ini penceroboh ini diburu habis-habisan. Walaupun mereka ini Islam sekalipun, tetapi mereka sudah menjadi musuh negara. Pihak keselamatan negara pula hendak menganggap mereka sebagai penganas dan musuh negara dan bukannya sekadar penceroboh biasa.

Gambar dan berita penganas suluk yang dibunuh oleh penduduk kampung seperti di bawah ini.


Penduduk belasah penceroboh hingga mati di Semporna



SEMPORNA 3 Mac - Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Dalam insiden awal pagi ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa “saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu.

Pesuruhjaya Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbarnya mengesahkan kejadian itu dan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, penceroboh menyelinap masuk ke kampung itu melalui jalan pantai.
"Penceroboh itu bersenjatakan M-16 dan membawa pelancar roket," katanya sambil memberitahu bahawa siasatan mendapati lelaki itu berbangsa Sulu dan berumur dalam lingkungan 60-an. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

operasi ketenteraan akan melenyapkan semua penceroboh bertaraf babi ini. kenapa tak guna tentera sedangkan kerajaan belanja berbillion utk majukan ketenteraan. setakat mana sgt polis boleh bertahan, menteri kabinet yg nampak bangang tak usah ikut procedure bagai. dah la celaka tu semua masuk sampai 3 mingu, menteri KDn asyik bagi amaran amara amaran... kepala butooh dia amaran !

Anonymous said...

kalau rasa diri tu dah hebat sangat ...apa kata ko je lah yang gi bantu kat sana..setakat nak membabi dan membutuhkan org je lebih baik ko mengasah lidah ko supaya tajam lg dan bantu sabah...