SAHABAT BLOG

17 March 2013

Macam Anwar. Betul ke Bukan Dia??



Siapakah lelaki di dalam gambar di atas? Bagi aku lelaki itu saling tak tumpah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Aku tak kata ianya Anwar kerana  beliau menafikannya.  Nak mampuih kena saman beratus juta, mana aku ada duit, kerja pun tergadai.

Penafian sudah menjadi perkara biasa. Bawaklah apa jua gambar atau video ataupun disaksikan oleh 4 orang saksi mata sekalipun  , penafian tetap akan dilakukan. Kata orang , "alah bisa tegar buasir". 

Tak payah aku nak ulas panjang lagi, cuma aku nak tempelak penyokong PAS. Aku percaya penyokong PAS akan menafikan ianya Anwar Ibrahim kerana  Anwar menafikannya. Macam aku jugaklah. Cuma aku tak kata ianya Anwar kerana tak sanggup kena saman, tetapi penyokong PAS tak kata ianya Anwar kerana memang itu sudah menjadi perangai dorang ataupun dorang pun takut kena saman jugak kot. Namun demikian, coba kalau gambar itu ada mirip-mirip Ds Najib, walaupun berkali-kali dinafikan, mereka akan percaya bulat-bulat. Kalau kena saman pun tak pe kerana ramai peguam free yang sanggup mempertahankannya.

Ingat tak apa yang berlaku DS Najib dalam kes Altantuya, walaupun DS Najib telah menafikan dan telah membuat Sumpah Laknat di dalam Masjid,  penyokong PAS masih mengaitkan DS Najib dengan Altantuya kerana mereka  lebih mempercayai Akuan Sumpah mediang PI Bala. Penyokong PAS lebih mempercayai Akuan Berkanun dan sumpah seorang Kapir menggunakan Kita Hindu  berbanding Sumpah Laknat Menggunakan Al Quran yang dibuat oleh penganut Islam. Aku tak tahulah penganut Islam jenis yang macamana para penyokong PAS ni.


No comments: