SAHABAT BLOG

21 March 2013

Kenapa papa Gomo, Bukannya Datuk Eskay Yang Di saman?

Video Seks : Anwar Saman Pengendali Blog Papa Gomo

KUALA LUMPUR, 21 Mac  – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’ atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah dan meletakkan imej yang mengaitkan Anwar dalam video seks dengan seorang lelaki di laman itu.

Anwar memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan pemilik dan penulis blog itu Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.
Peguamnya N.Surendran memberitahu media bahawa Anwar menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta dan akan menyerahkan writ saman itu kepada defendan dalam masa terdekat.

Dalam pernyataan tuntutannya Anwar mendakwa Wan Muhammad Azri, 30, telah menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Anwar mendakwa defendan juga meletakkan satu pautan web yang memaparkan siri imej dan defendan telah secara nyata dan/atau tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej-imej itu ialah plaintif.
Anwar berkata perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat menyebabkan reputasi peribadi dan politik serta kedudukannya terjejas.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar dan satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej-imej itu.


Putrarahman: Kalau tak silap aku, dah lama dah PapaGomo mengoffer diri beliau untuk disaman oleh Anwar Ibrahim. Aku tak tahu kenapa baru sekarang ni Anwar bertindak menyaman Papa Gomo. Mungkin sebelum ini beliau tidak dapat mengesahkan siapa sebenarnya Papa Gomo ni. Setahu aku, sehingga kini tiada siapa yang boleh sahkan dengan tepat siapa Papa Gomo walaupun ada yang mengatakan  Wan Muhammad Azri bin Wan Deris itu adalah Papa Gomo.

Jika benar Wan Muhammad Azri itu Papa Gomo, maka menjadi tugas sukar bagi beliau untuk membuktikan bahawa gay yang ada dalam gambar itu adalah Anwar Ibrahim. Mungkin beliau memerlukan bantuan pihak yang memasang kamera tersembunyi itu tampil untuk menjadi saksi bagi pihak beliau.

Aku pelik juga, kenapa Anwar tidak menyaman Datuk Eskay kerana memfitnah beliau dalam kes China Doll dulu. Itu lagi mudah kerana Datuk Eskay sendiri mengaku.

No comments: