SAHABAT BLOG

20 March 2013

DAP dan PKR 'Berjudi' dalam PRU13.

Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dengar ceritanya akan bertukar kawasan. Sallehuddin Ayub pun akan bertukar kawasan. Sebenarnya tak susah sangat nak tahu sebab dan kenapa mereka bertindak demikian. Bukan disebabkan mereka takut kalah di kawasan lama. 

Mereka tukar kawasan kerana mereka anggap bahawa kawasan yang mereka menang sekarang ini kalau letak lembu bertanding atas parti DAP atau PKR atau PAS, masih boleh menang. Maksudnya di Ipoh Timur  tu kalau DAP letak babi pun sebagai calon,  masih boleh menang. Begitu juga di Permatang Pauh, kalau PKR letak tunggul kayu pun, BN tak boleh menang. Bukanlah bermaksud menghina para pengundi di kedua-dua kawasan tu, tetapi ituah keyakinan mengunung DAP dan PKR. 

Jadi adalah lebih baik bagi Anwar dan Kit Siang menggunakan pengaruh dan nama besar mereka untuk bertanding ditempat lain pula. Di Gelang Patah yang majoriti para pengundinya berketurunan Cina Kit Siang berkeyakinan akan menang. Begitu juga Anwar Ibrahim, beliau pasti akan mencari kawasan baru yang majoriti pengundi Cina untuk bertanding. Dengar ceritanya di Perak. 

Strategi PKR dan DAP ni kalau tidak ditangani dengan berhati-hati, BN bakal kehilangan banyak kerusi yang majoriti pengundi Cina kepada PR. Da;lam congakan aku, mana-mana kerusi yang sekarang ini diwakili oleh MCA, akan menerima tentangan yang kuat daripada panglima-panglima DAP dan PKR.

Cuma satu je yang PR ni terlupa bahawa, orang yang berjudi  ni ada menang dan ada kalahnya. Kebiasaannya akan kalah. Jarang sangat menang. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Lagi satu, Nurul Izzah aku percaya akan bertanding di Permatang Pauh jika Anwar beralih ke kawasan lain. Nurul Izzah sebenarnya tidak berupaya untuk mengekalkan kerusi Lembah Pantai. 

No comments: