Artikel ni pasal subsidi tayar kepada pemandu teksi yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ni sebanyak RM520 bagi setiap pemandu teksi. AKu tak fahamlah kenapa ada pihak yang sanggup dengan sengaja cuba untuk mensensasikan berita ini.
Pihak yang aku fikir didalangi oleh pembangkang itu sanggup dan bersusah payah menemuramah pemandu-pemandu teksi. Mana-mana luahan tidak puashati datang dari mereka yang tidak bersyukur diangkat untuk dimuatkan ke dalam artikel beliau. Mana-mana luahan yang berpuas hati dan bersyukur dengan pemberian kerajaan itu, tidak dimuatkannya. Inilah sikap wartawan cari makan. Mana boleh menulis berita yang boleh backfire kembali kepada bos,kalau tidak surooomiss. Mengong and vodoh punya journalist.
Kepada pemandu teksi yang tidak bersyukur tu, belajarlah bersyukur. Inilah akibat kalau dalam kepala hotak tu asyik ada gambar bulan dan roket, langsung terlupa bagaimana hendak bersyukur. Kerajaan umumkan pemberian boucer untuk tukar tayar sebanyak RM520 sorang. Maka kalau tayar dah memang patut kena tukar, pegilah tukar dan dapatlah berjimat RM520.00. Katakan lah harga untuk tukar 4 tayar bagi teksi iswara ialah RM580 termasuk upah, balancing dan alignment. Maknanya pemandu teksi cuma bayar tambahan sebanyak RM60 sahaja lagi. Kalau tidak ada boucer itu, pemandu teksi kena belanjakan 10 hari pendapatan untuk tukar tayar. Inipun tak bersyukur ke? Takkan kerajaan nak tanggung semuanya? Banyak lagi tanggungan kerajaan, bukan hanya pemandu teksi sahaja yang perlu difikirkan.
Kepada penerima bantuan kerajaan tak kiralah BR1M, Rebat telefon, Bantuan Belajar, Bantuan Tayar dan sebagainya, mereka sepatutnya melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada keperihatinan pihak kerajaan. Masalah kamu nak pangkah parti mana atau nak sokong parti mana tu, kerajaan tidak ambil tahu. Tapi janganlah mengutuk dan menzahirkan sikap tidak bersyukur itu kerana sikap itu jahat dan dan zalim.
'Baucer subsidi RM520, tapi masih kena tambah sendiri'
Rata-rata pemandu teksi mengeluh dengan Program Bantuan Tayar 1 Malaysia (BT1M) yang merupakan program dibawah Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA)- sebuah program insentif bagi pemandu teksi menerima baucer subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.
Menurut pemandu teksi yang ditemui Malaysiakini pada perhimpunan pemandu teksi bersama pemimpin Pakatan Rakyat kelmarin, baucer tersebut tidak mencukupi memandangkan mereka terpaksa membayar wang tambahan kepada bengkel yang membuat penukaran tayar tersebut.
S Mahesan, 53, yang sudah bekerja sebagai pemandu teksi selama
dua tahun berkata, baucar tersebut sepatutnya membantu pemandu teksi meringankan beban untuk menukar tayar, tetapi sebaliknya berlaku.
Katanya, ramai pemandu teksi lain turut mengalami keadaan sama apabila terpaksa membayar wang sekitar RM30 bagi dua tayar serta terpaksa membayar wang upah pemasangan tayar.
"Dia (kerajaan) bagi tayar. Tapi lepas ambil tayar, orang bengkel caj dua tayar RM30, kalau empat tayar sudah kena RM60. Sepatutnya percuma tapi kena bayar. Pasang tayar pun dia caj kita. Kadang-kadang bengkel kata tayar tak ada.
"Kalau kata bantuan penuh jangan kasi keluar duit dari poket kita lah," katanya.
Selain itu, bagi Khalid Hasni, 42, yang sudah memandu teksi hampir 10 tahun di sekitar Lembah Klang memberitahu, masalah lain yang dihadapi oleh pemandu teksi berhubung pemberian baucar tersebut ialah tayar yang diberi merupakan tayar bersaiz 13.
Jelas Khalid, ia menyukarkan bagi pemandu teksi jenis Proton Waja yang menggunakan tayar bersaiz 14.
"Tayar saiz 13 ini biasanya pada kereta Proton Iswara, Wira, Saga. Size 14 untuk (Proton) Waja. Tapi baucer itu untuk tayar saiz 13, jadi pemandu teksi Waja kena tambah harga lebih banyak.
"Nak kata (baucar) tak membantu langsung tak ada lah. Tapi tak membantu sangatlah sebab kita masih perlu keluarkan duit sendiri," katanya.
Bagi S Vineswaran, 42, yang memandu teksi hampir empat tahun pula berkata, daripada baucar RM520 tersebut, pemandu teksi jenis
Proton Waja perlu menambah wang kira-kira sebanyak RM400 bagi empat biji tayar.
Vineswaran berkata, harga tersebut mahal memandangkan harga tayar bagi sebuah kereta Proton Waja berharga RM230.
"Macam saya, nak tukar satu tayar harga RM230. Empat tayar RM920. Baucer itu cukup untuk dua tayar sahaja. Lagi dua tayar saya kena tambah sendiri. Itu tak termasuk upah untuk pemasangan, balancing.
"Banyak lagi masalah pemandu teksi. Macam masalah dengan (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM, dengan masalah ulat teksi lagi. Tipulah kalau kerajaan tak tahu tentang benda ini," katanya lagi.

4 comments:
Tak pe la...bila awak ada duit cukup, pergilah tukar semua tayar dgn duit sendiri ye...tak payah ambil bantuan kerajaan kalau dianggap lebih menyusahkan.... Idea bantuan ini adalah 'MERINGANKAN' beban kewangan bukan 'MENGHAPUSKAN'....paham la ye....!
Bodoh betul drebar taxi ni. aku punyer tayar saiz 17 boleh jer dapat harga rm 260 sebijik. baru 14 dah kecoh. bangan
Voucher ini merupakan bantuan kepada pemandu teksi ... kalau nak ambik pun boleh ...tak nak ambik pun boleh ... kepada pemandu teksi yang merasakan bantuan tersebut amat menyusahkan dan tak membantu mereka langsung ... tiada paksaan untuk mengambilnya.... boleh juga jimat duit rakyat... kena ingat ramai lagi orang tak mendapat apa-apa program bantuan dari kerajaan... ini termasuk lah saya yang bekerja swasta dan dah nak pencen ... tapi bagi saya rezeki masing-masing, tanpa bantuan kerajaan pun saya amat bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya negara yang aman yang membolehkan saya mencari rezeki halal yang banyak dengan keadaan yang amat selesa ... tak terfikirkah orang-orang ini... negara Malaysia ini menerima Rahmat yang besar dari Allah sejak dari Merdeka sehinggalah sekarang ... cumanya sekarang terdapat segelintir manusia yang tak reti bersyukur ingin membuat kacau untuk dapat memerintah Malaysia. Semoga dijauhkan orang ini dari memimpin Malaysia takut-takut Allah menarik balik Rahmat yang sedia ada ini.....
tak payahlah ambilll baucerr tu.... tukar tayaerr guna duit sendiri kalau tak setuju....tak senang diuntoongg...baucerr tayar tu bertujuan utk meringankan beban pemandu teksi je..
Post a Comment