SAHABAT BLOG

03 January 2013

Belum Terlambat Untuk Terlewat


Masih belum terlambat untuk terlewat bagi aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU tahun baru kepada pembaca sekelian. Masuk tahun baru ni sibuk betul untuk buat closing account. Biasalah bagi kerja di bahagian finance macam aku ni. Pasal tulah lama dah tak update blog. walaupun tak kemaskini, setiap hari aku buka dan baca blog-blog favorite. 
 
Cerita pasal amanat dah masih dua tahun masih panas lagi. Amanat ni telah mecemarkan kerukunan perpaduan antara orang Islam UMNO dengan orang Islam PAS sejak berdekad lamanya. Kalau kita bersembang dengan penyokong tegar PAS pasal politik, pasti isi butir perkara yang disembangkan oleh mereka ialah pasal isu UMNO parti kapir. Bagi penyokong UMNO yang kurang ilmu akan terkebil-kebil biji mata dan berdesing telinga apabila mendengarnya. Nak berhujah tak reti, tapi kalau ajak berlengan boleh aje.
 
Sebenarnya kalau Haji Hadi diberi peluang masuk TV untuk menjelaskan pun, aku tidak fikir akan merubah keadaaan sedia ada kerana aku percaya Haji Haji akan konar ke lain. Biasalah ahli politik pembangkang bukannya  menjawab soalan pun. Lihatlah berbagai debat yang dianjurkan oleh Sinar Harian, mereka bukan menjawab soalan, tetapi mengambil peluang untuiuk berkempen adalah. Jadi aku fikir, Haji Hadi sebenarnya sengaja mencari peluang untuk muncul di TV. Kalau dia benar-benar ikhlas untuk menjelaskan isu amanat beliau, akhbar-akhbar Utusan dan Berita Harian boleh memberikan ruang kepada beliau. Kalau tidak pun beliau boleh menggunakan Blog beliau sendiri ataupun blog Nik Aziz.
 
Lupa pasal Haji Hadi, hari ni, aku nak tulis artikel yang sedikit mendidihkan semangat kenergaraan aku . Cerita ni  berkenaan budak-budak yang tak tahu dek untung. Ada untung tetapi sanggup mencari kerugian. Ada ke patut mereka mengibarkan bandera yang entah apa-apa (mungkin bandera PKM) untuk meraikan malam tahun baru. Kononnya mereka tak puas hati kerana pejuang kemerdekaan yang sebenarnya seperti Mat Indera, Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD tidak mendapat tempat sewajarnya dalam kerajaan. Kononya sejarah yang ditulis oleh UMNO telah mengkhianati pejuang kemerdekaan sebenar pujaan mereka tu.
 
Walaupun aku bukanlah ahli sejarah, tetapi perbuatan mereka ini aku langsung tidak bersetuju. Tidakkah mereka tahu pejuang-pejuang kemerdekaan yang mereka agung-agungkan itu sebenarnya berada dipihak yang silap. Jika sekiranya rakyat memberikan sokongan kepada pejuang kemerdekaan pujaan mereka itu, maka negara kita ini akan menjadi Republik Of Malaya People di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya.
 
Chin Peng akan menjadi ketua negara. Kenapa aku berkata demikian, kerana perjuangan secara gerila  menentang British bagi menuntut kemerdekaan pada masa itu diketuai oleh Parti Komunis Malaya. Jika sekiranya orang melayu memberikan sokongan kepada perjuangan PKM, maka ada 2 kemungkinan akan berlaku. Pertamanya, negara masih belum merdeka sehingga sekarang ataupun tidak merdeka pada tahun 1957. Keduanya, jika British berjaya dikalahkan, negara akan menjadi sebuah negara republik dimana Parti Komunis Malaya akan memimpin negara kerana merekalah pemimpin pejuang kemerdekaan.
 
Mujurlah orang melayu sedar dan bersatu di bawah UMNO untuk menuntut kemerdekaan. Jika tidak tak tahulah apalah yang berlaku kepada nasib orang melayu dan Islam.
 
Apa yang boleh aku simpulkan, budak-budak yang masih mempertikaikan perjuangan UMNO untuk menuntut kemerdekaan dan pada masa yang sama mereka mengagung-agungkan pemimpin komunis yang kononnya pejuang tulen menuntut kemerdekaan sebenarnya mereka yang tergolong dalam golongan rakyat Malaysia yang kufur nikmat. Begitu banyak nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada negara ini hasil perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan, mereka tidak bersyukur dan masih mengenangkan perkara-perkara yang menguris hati sebahagian besar rakyat negara ini.
 
AKu agaklah, kalau budak-budak yang mengibarkan Bandera Rakyat ini berada dalam tahun 40 an hingga 50 an, mereka semua menganggotai Parti Komunis Malaya  dan berjuang bersama-sama pejuang kemerdekaan pujaan mereka seperti Mat Indera, Abdullah CD, Rashid Maidin dan lain-lainnya.
 
 

 
'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran
"Bendera Rakyat" yang pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam tadi di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru 2013.
Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 4Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.

Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muhammad Nasir Abu Bakar berkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 1Muhammad Nasir yang ditemuiMalaysiakini memberitahu, selain Dataran Merdeka, bendera tersebut dikibarkan di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.

"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya.
Muhammad Nasir (gambar, tengah) juga menegaskan, beliau dan rakan-rakannya yang terlibat mengibarkan bendera berkenaan bukan daripada mana-mana parti politik.

NONESebelum ini, bendera Sang Saka Malaya -- yang dianggap antara  versi Bendera Rakyat -- juga dikibarkan ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Ogos tahun lalu.

Pengibaran bendera itu menurut Bukit Aman merupakan berbuatan yang bercanggahdengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Nasir yang juga salah seorang yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan.

Wan Adib Wan Roslan ·  Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Sang saka malaya adalah lambang pd pejuang kemerdekaan sbnar, bukan pejuang kemerdekaan celup sperti umno. Umno (sorry to say) adalah pejuang kemerdekaan tajaan british sendiri. Sbb british nakkan negara ini merdeka ikut acuannya sj, itu sbb umno yg dipilih. Ada byk persamaan antara pejuang kemerdekaan sbnar dgn Pakatan. Kedua mereka berjuang demi rakyat semata, tanpa ada maksud tersembunyi & tersirat. Smentara umno dl (sbelum merdeka) & skrg tetap sama. perjuangan mereka sbelum merdeka ikut acuan & kehendak british. Sbb itu hanya mereka yg diwarwarkan sbagai pejuang kemerdekaan & menyembunyikan ramai nama2 yg hebat lain, demi menonjolkan kononnya hanya mereka pejuang kemerdekaan. Smentara skrg, perjuangan mereka pulak utk diri sendiri & kroni, & rakyat pulak dimangsakan dgn penipuan bahawa mereka kononnya membela mereka. Kita tamatkan sgala2nya dlm PRU13, & lepas itu kita tulis kembali sejarah sbnar kemerdekaan negara mengikut acuan kebenaran, bukan sperti skrg mengikut acuan umno & british...
 

2 comments:

Anonymous said...

lepas ni pentadbiran ikut acuan Amerika plak lah .... saya cadangkan perjuangkan sejarah jati diri dahulu.

Anonymous said...

Sejarah kita ditulis dengan penuh darah keringat orang terdahulu.kita sepatutnya bersyukur.