Artikel ini ditulis sebagai respond kepada kekasaran yang didakwa dilakukan terhadap ANAK oleh peneroka FELDA di Negeri Sembilan. Banyak artikel dan berita yang ditulis berkenaan perkara ini. Aku cuma ambil yang terbaru yang aku anggap sesuatu yang serius. Klik sini http://suarapakatanrakyat.com/2012/12/peneroka-felda-wajib-gulingkan-kerajaan/
Peneroka FELDA anggap Kembara Oren itu membawa fitnah. Tidak boleh disalahkan mereka jika itu yang mereka percaya dan mereka pegang. Sudah tentu ada asas kenapa mereka anggap ANAK sedang menyebarkan fitnah terhadap FELDA. Tindakan mereka menghalang kembara oren dari meneruskan siri ceramah ANAK bagi menghalang fitnah tersebar luas di kalangan para peneroka.
Dajjal akan bergerak dari tempat ke satu tempat untuk menabur fitnah. Adakah umat Islam akan membiarkan sahaja Dajjal itu menyebarluaskan fitnahnya kerana mengambil konsep demokrasi? Sebagai umat Islam yang beriman, sudah tentu terniat dalam hati masing-masing hendak menghentikan fitnah Dajjal suatu hari kelak. Walaupun dikhabarkan fitnah Dajjal itu amat dasyat sehingga ianya berjaya mempengaruhi umat Islam untuk mempercayainya dan menjadi pengikutnya, tetapi sudah tentu akan ada Umat Islam yang akan menentangnya.
Begitu juga dengan Kembara Oren. Walaupun Kembara Oren mendakwa bahawa mereka itu berada dipihak yang benar, tetapi kebanyakkan peneroka FELDA beranggapan bahawa mereka itu cuba untuk menyebar luas fitnah mereka di kalangan peneroka FELDA. Oleh itu, mereka wajar dihalang.
Aku tidak ada kaitan dengan FELDA dan aku cuma memberikan sokongan kepada puak yang majoriti. Jika ANAK mendapat sokongan majoriti, maka berkemungkinan mereka berada dipihak yang benar dan jika pihak yang menentang ANAK itu majoriti, maka mereka yang benar. Dalam isu ini sudah tentu ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah. Kebiasaannya puak yang majoriti itu berada di pihak yang benar dan yang minoriti itu berada dipihak yang salah.
Perlukah keganasan digunakan untuk menghalang penyebar fitnah?
Penyebar fitnah ini satu perbuatan yang cukup jijik dan hina sekali kerana disebabkan fitnah mereka banyak kemusnahan yang terjadi. Penyebar fitnah ini mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang menyebarkan fitnah kerana kebanyakkan mereka ini hanya tolong menyebarkan apa sahaja berita yang mereka perolehi tanpa menyelidik terlebih dahulu sumber berita. Inilah yang berlaku hari ini dimana kebanyakkan penyebar fitnah tidak sedar bahawa mereka sedang menyebarkan fitnah dan akibat daripada perbuatan mereka itu, banyak kemusnahan berlaku.
Bagi mengelak, lebih banyak kemusnahan berlaku, maka penyebaran fitnah hendak dihentikan dengan apa cara yang termampu. Kekasaran dan keganasan mungkin terjadi dalam usaha menyekat fitnah dari tersebar jika sekiranya penyebar fitnah itu amat tegar dan keras hati-hati mereka.
1 comment:
Masyarakat Felda Tolak Kumpulan Pemfitnah Bersiri.
Oleh: Azlina Rosdy
KUALA LUMPUR, 26 Dis – “Pembangkang ini adalah pemfitnah bersiri… Macam-macam mereka menuduh Felda. Kononnya Felda menjalankan perniagaan dengan Israel, syarikat Bangi Private Limt di Singapura yang bekerjsama dengan Felda adalah milik Israel.
“Mereka juga menuduh kononnya 400 juta unit atau 12 peratus saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dimiliki Genting Bhd. Macam-macamlah… Ini semua langsung tidak ada kebenaran. Sebab itu saya kata mereka ini pemfitnah bersiri. Tujuan mereka hanya satu iaitu mahu menguasai Felda,” ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Ujar Ahmad Maslan ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini, pembangkang mahu menguasai Felda kerana Felda mempunyai 54 Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk memenuhi hasrat ke Putrajaya maka salah satu caranya adalah dengan menghancurkan Felda.
“Sebab itulah mereka menabur pelbagai fitnah terhadap Felda. Malah mereka adakan konvoi Oren untuk masuk ke kawasan Felda untuk menyebarkan fitnah.
“Namun masyarakat Felda bijak. Mereka tidak mudah terpengaruh. Konvoi Oren ditolak mentah-mentah. Masyarakat Felda tahu bahawa mereka ini hanya mahu mengucar kacirkan keamanan dan keharmonian penduduk Felda,” tambahnya.
Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa tindakan saman akan diambil terhadap Mazlan Aliman, Harakah dan juga Suara Keadilan setelah tempoh tuntutan maaf tamat pada 28 Disember ini.
“Kita dah minta mereka minta maaf atas fitnah yang mereka buat namun sekiranya mereka gagal maka kita pasti akan mengambil tindakan saman. Felda tidak akan berdiam diri lagi di atas semua longgokan fitnah pembangkang”, katanya.
Di dalam sidang media yang sama Ahmad Maslan turut menjelaskan bahawa selaku Ketua Penerangan UMNO beliau amat berpuas hati terhadap persiapan jentera pilihan raya namun masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki di mana-mana. Secara keseluruhan apa yang patut dibuat katanya telah dilaksanakan dengan baik.
“Kita tidak akan berhenti bekerja dan akan berhenti bekerja politik PRU 13 ini hanya apabila selesai diumum siapa menang pada malam pengundian. Selagi belum tiba waktu itu, selagi itulah kita akan terus bekerja keras sehingga ke titisan yang terakhir untuk persiapan pilihan raya. Kita akan terus mempertahankan tanahair ini termasuklah mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan pembangkang,” terang beliau. - MediaUMNO
Post a Comment