SAHABAT BLOG

09 December 2012

Jom Gempur Bukit Jalil

Bukit Jalil atau rumah? Masih belum ada jawapan lagi sehingga kini. Bukit Jalil bukanlah asing sangat kerana boleh dikatakan jika ada perlawanan melibatkan Harimau Malaya aku akan hadir. Kalau ikut nasihat isteri aku, aku tak boleh pergi kerana katanya tiap kali aku pergi Harimau Malaya akan kalah, kalau tidakpun seri. 

Kalau tak pergi rugi jugak kerana jika dibanding menonton secara live dengan menonton di TV, lain benor rasanya. Kalau pergi stadium, sorakan kita,sokongan kita sedikit sebanyak menyumbang juga kepada semangat pemain. Kalau menonton di rumah, bersorak sekuat manapun, pemain buat dek je. 

Inshaallah kalau tak ada aral melintang, aku akan pergi juga ke Stadium malam ni. Kalah menang adat pertandingan. Kalau bukan Harimau Malaya yang menang, sudah pasti Thailand yang menang. Menghadapi apa juga kemungkinan di depan mata lebih mudah rasanya daripada melihat dan mendengar berita sahaja. 

Aku percaya sokongan daripada peminat Harimau Malaya tak berbelah bagi. Penonton sekarang ni sudah sporting dan lebih menghargai pasukan Harimau Malaya. Jika dibandingkan dengan peminat serantau, rasanya peminat di Malaysia ini semakin dirasai. Cuma sedikit terkilan kerana tiada pemain berbangsa Cina dalam pasukan Harimau Malaya. Nasib baik muka Khairul Fahmi tu ada iras-iras Cina. Jadi dari segi sokongan, peminat dari bangsa cina sungguh kurang. Kalau ada yang datang pun, mereka yang memang suka bergaul dengan orang melayu. Aku fikir pencarian bakat di kalangan bangsa Cina perlu dipergiatkan lagi supaya bolasepak ini menjadi satu acara ataupun agenda perpaduan negara.

Apa-apapun aku berdoa semoga Harimau Malaya akan memperolehi kemenangan malam ni. Kalau nak selesa, kena menang sekurang-kurang dengan perbezaan 2 jaringan kerana bila kena balas satu jaringan di tempat lawan, kita masih ada satu jaringan lagi dan boleh ubah taktik kepada bertahan sahaja. 

Jom kita pakat-pakat pergi Stadium Bukit Jalil. Lupakan seketika soal perbezaan fahaman politik dan masalah apa jua sekali pun. Kita jadikan bolasepak dan lain-lain sukan satu alat ataupun wadah untuk perpaduan di negara kita yang tercinta ini. 

No comments: