SAHABAT BLOG

07 December 2012

Aku Bengang


















Aku bengang betullah dengan isu saman AES ni. Bukan bengang pada kerajaan ataupun kepada JPJ atau kepada syarikat yang memasang AES tu, tetapi bengang kepada rakyat yang menentang perlaksanaan AES ni. Kebanyakkan mereka ni adalah dari parti Pembangkang Pakatan Rakyat.

Bengang pasal tak ada sedikit pun keinsafan dari pemimpin mereka untuk mendidik dan menyarankan kepada pengikut masing-masing supaya mematuhi arahan kerajaan. Pemimpin ini sanggup membiarkan pengikut masing-masing menjadi calon pembunuh jalalan.

Dalam isu AES ni kalau pengguna jalanraya mempunyai niat dan iktikad untuk mematuhi had kelajuan dan juga lampu isyarat, apa masalahnya dengan AES. AES ini hanya untuk menyaman mereka yang melanggar kesalahan had laju yang ditetapkan. AES ini hanya menyaman mereka yang mempunyai ciri-ciri seorang pembunuh jalanan.

Kesimpulan mudah yang boleh aku berikan ialah, mereka yang menentang AES ini adalah dikalangan rakyat yang sengaja hendak mencari masalah dengan kerajaan. Mana tidaknya, ada dikalangan mereka yang menentang AES ni tak pernah pun memandu kenderaan dan ada pula yang hanya memiliki basikal sahaja. Apa validnya AES ini kepada mereka.

Bagi pemandu yang sentiasa memandu melebihi had laju yang dibenarkan dan pemandu-pemandu inilah yang menyumbang kepada 30% kemalangan maut di Malaysia ini. Selagi mereka ini tidak insaf, selagi itulah statistik kemalangan maut kita tidak berkurang.

No comments: