Aku bingung sebenarnya mengenai masyarakat India ni. Kenapa masih ramai lagi yang belum mendapat kerakyatan setelah negara mencapai kemerdekaan sudah sekian lama. Kalau hendak dikatakan tiada kemudahan asas untuk mereka mendapatkan Mykad, rasanya tidak munasabah kerana sekarang ini kemudahan untuk berbuat demikian boleh dikatakan terlalu senang. Apa yang dibuat oleh pemimpin masyarakat India selama ini sehingga begitu ramai warga keturunan India yang terabai.
Kalau mengikut dakwaan Pakatan Rakyat seramai 300,000 orang bangsa India belum mempunyai kewarganegaraan. Kenapa begitu ramai sekali. Data-data ini dikutip dari mana? Walaupun demikian, data ini langsung tidak boleh dipercayai dan dijadikan asas perbincangan kerana ianya datangnya dari pakatan Rakyat.
Namun demikian, aku bingung dengan angka ini. Betul ke semua masyarakat India yang didakwa belum mempunyai Mykad itu sebenarnya rakyat Malaysia yang patut mendapat kewarganegaraan. Bukan berniat serong, tetapi tidak ada kemungkinankah dikalangan mereka ini sebenarnya merupakan imigran India yang datang untuk menziarahi keluarga mereka dan mengambil kesempatan untuk tinggal lama di negara ini. Selepas itu mendakwa bahawa mereka lahir di sini dan tidak medaftar kelahiran mereka.
Aku mengharapkan semoga pihak kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan terlalu mudah untuk menerima dakwaan mana-mana pihak yang cuba mencari jalan mudah untuk menjadi warganegara.
PM: Angka kerakyatan diperbesar-besarkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan kerana tidak memiliki kad pengenalan.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MIC hari ini, Najib berkata jumlah itu diperbesar-besarkan, namun tidak memberi anggaran sebenar jumlah anggota masyarakat India yang mengalami masalah itu.
Katanya, semakannya menunjukkan seramai 9,000 orang telah mendaftar dan sebanyak 4,500 kes telah diselesaikan dan diberi kad pengenalan.
"Seramai 2,000 lagi sedang diproses," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment