SAHABAT BLOG

22 December 2012

Baiah Talak 3, Berat ni, Macam Gadai Bini Pulak......






Perak 21 Dis - Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. 

Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS.


 "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"

Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. “Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. 

Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. 

Putrarahman: Artikel di atas aku ambil dari blog medantempurkedah. Kenyataan Datuk Fauzi ni boleh juga membawa maksud beliau sebenarnya telah terperangkap dengan PAS. Sekarang ini beliau serba salah, samada hendak meneruskan niat menjadi calun PAS dalam PRU 13 nanti atau menolaknya. AKu percaya, Datuk Fauzi boleh membuat keputusan yang wajar untuk kebaikan bersama samada parti dan juga keluarga beliau.

Mungkin baiah ini adalah salah satu syarat untuk menjadi calon PAS. Pasal itu kita mendapati Datuk Hassan Ali menunggu beliau dipecat daripada PAS kerana beliau tidak boleh meninggalkan parti. Kalau dipecat baiah ini tidak terpakai. Ustaz Nasha sehingga sekarang ini tidak berani meninggalkan PAS dan mengharapkan beliau dipecat. Namun sehingga kini beliau masih belum dipecat. PAS pun bijak, kerana mengetahui bahawa jika tidak dipecat Ustaz Nasharuddin tidak boleh buat apa-apa. Kalau dipecat, maka jadilah Ustaz Nasharuddin seperti Dr. Hassan ALi yang backfire PAS. 

Kalau betullah Baiah ni menjadi syarat untuk mewakili PAS dalam PRU 13 nanti, dilema wakil rakyat yang tidak buat kerja bakal berlaku kepada PAS dan PR. Katakanlah terdapat dikalangan wakil rakyat PAS yang diberikan taufik dan hidayah oleh Allah S.W.T. untuk menilai kembali perjuangan PAS, tetapi mereka tidak boleh meninggalkan PAS kerana terikat dengan Baiah, mereka sudah tentu tidak senang untuk bekerja dan mungkin bakal menimbullkan masalah kepada parti. Sape yang rugi? Sudah tentu para pengundi di kawasan tersebut. Nasib ko lah labu.....

Kalau difikirkan dengan akal waras, baiah cerai isteri ni berat juga untuk dipikul oleh para pemimpin PAS. Kalau ada 3 isteri, mungkin ke tiga-tiga isteri yang dibaiah ataupun sorang sahaja. Isteri pula sanggup ke menerima baiah sedemikian?. Kesian sungguh. 

Aku sebenarnya kena tahu juga dari mana sumber kenyataan Datuk Fauzi ni. Prof.  Google memberitahu bahawa pengakuan Datuk Fauzi ini hanya di jumpai dalam blog Pro BN sahaja dan tidak akunjumpai di dalam mana-mana akhbar mahupun portal. Mungkin belum lagi kot. Jadi aku harap kepada pembaca blog ini supaya jangan terus terima bulat-bulat sahaja apa yang aku tulis, buatlah penyelidikan sendiri dahulu sebelum mempercayainya. 

1 comment:

putrarahman said...

SHAH ALAM – Retired senior policeman Datuk Fauzi Shaari has refuted rumours that he had regretted joining PAS and reiterated his commitment to the Islamist party.

“Why should I regret being with PAS? I have made the right choice,” the former Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director was quoted by Sinar Harian today.

“I think my decision to join PAS had made some quarters uneasy. That’s why they deliberately concocted this issue.”

“I am happy and grateful for what I have faced and enjoyed since I joined PAS,” he added.

Fauzi’s response came after a text message was circulated, claiming that he had been rethinking his position in the party.

“If I knew that PAS is like this, I swear I would’ve never joined it. Joining PAS is like joining DAP,” said the text message allegedly attributed to him.

The former crimebuster had been widely tipped to contest the Larut parliamentary seat for PAS in the next polls.

PAS’ last candidate for Larut, Dr Mohd Dhari Othman, lost the 2008 election to Umno’s Datuk Hamzah Zainuddin with a majority of 1,911.

Fauzi joined PAS in May, the first big name to sign up with the Islamist party which has embarked on a campaign to recruit key establishment figures to help shore up voter support ahead of looming polls.

Besides Fauzi, former religious department director for Malacca and Selangor, Datuk Mohd Nahwari Hashim, joined PAS in November during its annual conference in Kota Bharu.

Three former public servants have joined PAS before this, including former diplomatic officer and ex-Deputy Head of Secretary for Ministry of Home Affairs, Datuk Ismail Hamzah and former Senior Director of Farmer’s Organisation Authority (LPP), Abd Rahman Taib.

Another of the three was Yusuf Hassan, former Human Resource Director for Jakim and Deputy Secretary for Penang.

In June this year, former Board of Inspectors chief for the Ministry of Education, Ahmad Zabidi Shamsuddin, joined the party by submitting a registration form to PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat during the Himpunan Hijau rally in Perak.

He had served the public for 33 years, with 10 years under his belt in the Ministry of Education as the Education Director for Terengganu and as principal in a number of schools.

Last month, Chief Secretary for the Ministry of Land and Cooperative Development, Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof also joined the Islamist party.