SAHABAT BLOG

16 November 2012

Peserta Maharaja Lawak Kantoi Dengan Isteri ......?

Lawok, lawok. Orang istihar harta, dia nak istihar harta. Tapi yang dia istihar bukan harta tetapi pendapatan dan perbelanjaan bulanan. Kalau nak istihar harta klenalah sebutkan harta apa, berada dimana dan berapa nilai buku harta tu.  Bukannya pendapatan bulanan dan perbelanjaan bulanan. Ni macam nak elak cukai LDHN ada le. 

Lagipun aku tak percayalah takkan stakat rumah dengan kereta serta simpanan semasa je yang dia ada. Takkan tanah sekangkang kera pun tak ada. Tak kiralah tanah pusaka ataupun tanah yang dia beli. Itu dikira sebagai harta juga. 

Pendapatan yang dia istiharkan tu kalau diamati dan diminuskan dengan perbelanjaan masih boleh diragui lagi. Takkan KP PAS bergantung kepada duit isteri kot untuk tanggung anak-anak dan perbelanjaan rumah tangga. Kalau tidak, tentu ada pendapatan lain yang tidak diistiharkan.  Pendapatan ceramah sana sini, tazkirah sana sini, elaun perjalanan sana sini, takkan tak ada. Kalau nak istihar sepatutnya kena isi borang dan pamerkan kepada pewakilan, bukannya canang seantero malaya pengistiharan yang tak lengkap macam tu. 

Lagi satun , kalau nak istihar perbelanjaan, sepatutnya bil-bil bulanan, perberlanjaan dapur pun patutnya kena istihar sekali. Barulah dikatakan telus. 

Itulah, kalau tak tahu macamana nak istihar harta, tanyalah orang yang lebih pengalaman. Sekarang ni disebabkan tindakan kurang bijak  beliau, pengistiharan harta yang meragukan itu telah menjadi bahan lawak. Adus, kesian-kesian. Nasib baik bukan orang kampung aku.

Bercakap pandai, tetapi bila time buat kerja baru tahu tahap mana kepandaianya.

Ketua Pemuda PAS hanya ada RM9,000 dalam simpanan

Harakahdaily,16 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Mengotakan janji, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan semalam mengisytiharkan hartanya kepada khalayak ramai semasa ucapan penggulungan di Muktamar Pemuda PAS semalam.

Nasrudin, 42 mengisytiharkan bahawa beliau bersama isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM2,800 and RM4,000 sebulan.

Beliau juga memberitahu bahawa beliau mempunyai RM9,000 di dalam simpanan semasa.

Daripada RM2,800 pendapatan beliau, RM2,500 ialah gaji yang diperolehi bertugas sepenuh masa sebagai Ketua Pemuda PAS dan RM300 hasil daripada sewa rumah.

Ayah kepada enam anak turut memperincikan perbelanjaan sebulan beliau – di mana RM530 dan RM1,400 dibayar untuk pinjaman rumah dan kereta.

“Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan. Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia,” kata beliau.

Sebelum muktamar, Pemuda PAS telah membuat pengumuman bahawa semua exconya, termasuk mereka yang tidak bertanding di PRU13 akan mengisytiharkan harta.

Cadangan tersebut disokong oleh PAS Pahang dan Selangor, Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

Semasa perasminan Muktamar Pemuda, Timbalan Presiden Mohamad Sabu telah memberi komitmen untuk memastikan cadangan itu bertukar menjadi realiti.

Mat Sabu berkata deklarasi asset adalah wajib bagi semua calon yang bertanding di PRU13.



2 comments:

Anonymous said...

muahahaaa.. mcm kartun dia ni... cakap berdegar2 tp rupenye tak pandai

putrarahman said...

Bukan katun, tapi burung kakak tua. Pandai bercakap tapi tak tahu apa yang dia cakap.