SAHABAT BLOG

01 November 2012

Neelofa Kena Saman AES



AES sedang heboh diperkatakan sekarang ni. Pihak pembangkang suka bebenor pasal AES ni kerana ianya menjadi modal kepada mereka untuk hentam kerajaan dan mereka harapkan rakyat akan marah kepada kerajaan pasal keterlaluan untuk menyaman rakyat. Sekarang ni, pembankang dah kering modal. Semua bergantung harap kepada Rafizi yang tolong bagi modal.

Nasib baik ada AES, bolehlah mereka bernafas sikit. Kononnya, bila rakyat marah kepada kerajaan sebab kena saman dan sebab tak dapat bawak kereta melebihi kelajuan cahaya, mereka harap rakyat akan beri undi kepada mereka. Inilah sifir mudah pihak pembangkang untuk hasut rakyat yang malas berfikir. Namun kena ambil perhatian juga kerana ramai rakyat yang malas berfikir diluar sana.

Masa aku balik kampung  raye baru ni, melilau juga mata aku mencari kamera AES ni. Namun tak jumpa pun sepanjang LPT dan Jerangau - Jabor. Walaupun tak nampak, aku bawok slow juga, patuhi peraturan. Bimbang jugak kena saman. Saman speed trap dulu tak bayor lagi.

Kalau nak pasang AES pun, jangan sembunyi-sembunyi. Bagilah amaran "SILA PATUHI HAD LAJU, ADA AES 1 KM DI HADAPAN". Bila ada amaran macam ni, sempatlah aku perlahankan kereta aku.Taklah tiba-tiba membrek emengenci pulak bila nampak AES, macam nampak hantulah pulak. Kalau sesape ada lemah jantung, mahu kojol dibuatnya. Mana tak lemah jantung, bukan satu AES , tetapi berpuluh di sepanjang jalan.  Kalau satu RM300.00, bayangkan kalau kena 10 saman, mau tak RM3,000.00. Mana nak cekau duit.

Lagi satu, had kelajuan patutnya kena ikut jenis kenderaanlah. Takkanlah BMW 5 Series dengan Kancil mempunyai had kelajuan yang sama iaitu 110km per jam. Tengok kuasa enginlah ataupun tengok berapa kos roadtax yang kena bayar. Jadi kalau BMW 5 Series kena tangkap oleh AES, pasal membawa kelajuan 120kmh, tak payah samanlah. Tapi kalau kancil yang bawak 120kmh, memang patut kena saman. Tak padan dengan kecil, tetapi ada hati nak bawak laju, ada lesen P lagi tu.

Kepada penentang AES, aku cadangkan supaya bagilah masa kepada kerajaan paling kurang pun dalam tempoh 6 bulan. Tengok statistik kemalangan adakah semakin menurun atau pun tak berubah. Kalau semakin menurun, aku fikir AES ni patut diteruskan. Namun kalau kemalangan tak ada perubahan, AES ni tak payahlah diteruskan. Aku fikir had laju kenderaan pun tak payah ada. Ada atau tak ada sama je. Pandai-pandai sendirilah nak ejas berapa kelajuan masing-masing. Kalau sayang nyawa, bawaklah perlahan sikit, kalau tak sayang nyawa ataupun insuran kemalangan berjuta-juta, bawaklah melebihi kelajuan cahaya. Ada bagusnya juga kalau tak ada undang-undang di jalanraya ni. Tengok sape paling terer bawak kenderaan.

Pasal tajuk Neelofa kena sama AES tu, sebenarnya bukan Neelofa pelakon tu tetapi Neelofa lain yang tak ada kena mengena dengan Neelofa yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia.

No comments: