SAHABAT BLOG

22 November 2012

Menteri UMNO ajar PAS Cara Menghadapi Pihak Yang Kejam dan Zalim

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Semua masjid dan surau di seluruh Negara diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau juga telah meminta masjid-masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan serta seluruh masjid di Wilayah Persekutuan untuk berbuat demikian mulai hari ini.

“Di samping itu, masjid-masjid berkenaan akan membacakan khutbah khas mengenai isu Palestin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu sebagai sokongan masyarakat Malaysia kepada penduduk Palestin.
Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, serta mencederakan ratusan yang lain.

No comments: