SAHABAT BLOG

07 November 2012

LGBT - Allah Murka Mereka Bela

Umat Nabi Lut dilaknat dan dimusnahkan oleh Allah kerana mereka mengamalkan homoseksual, lesbian atau ringkasnya LGBT. Islam melaknat dan menjanjikan neraka kepada LGBT. Namun demikian, masih ada pemimpin pujaan ramai anak beranak di negara kita ini membela mereka dan meminta supaya kumpulan ini tidak diganggu.

Apakah akidah pemimpin pujaan ramai anak beranak ini tidak selari dengan ajaran agama yang dianutinya dalam isu LGBT? Jika dikatakan selari dengan kehendak agama anutanya, kenapa beliau membela golongan LGBT ini sedangkan agama anutannya melaknat dan menjanjikan neraka kepada golongan ini.

Pemimpin seperti inikah yang diharapkan boleh membawa kehebatan kepada Islam?

Kenapa para pengikut pemimpin ini sehingga tidak nampak pendirian pemimpin mereka yang bercanggah dengan kehendak Islam dalam isu LGBT ini.

Jika pemimpin ini dan anak beranaknya menjadi Perdana Menteri Malaysia, tidak ada halangan bagi Allah untuk menurunkan bala dan azabNya kepada penduduk negara ini kerana akidah dan pendirian pemimpin ini anak beranak dalam isu LGBT boleh mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Bala dan azab yang membawa kemusnahan yang maha dasyat yang tidak pernah dilihat dan dirasai oleh rakyat negara ini. 

Bacalah apa yang dikatakan oleh pemimpin agama di Amerika Syarikat berkenaan LGBT ini.

NEW YORK 6 Nov. - Tiga pemimpin agama tempatan menyatakan, Taufan Sandy yang melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kemusnahan besar adalah kesan daripada kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Paderi Luke Robinson dari Gereja Quinn Chapel AME di Frederick, Maryland berkata, Sandy melanda New York City selepas Datuk Bandar Michael Bloomberg menyumbang dana kepada satu kempen di Maryland yang mempertahankan undang-undang perkahwinan sejenis di negeri itu.

"Bloomberg telah menyumbang sebanyak AS$250,000 (RM750,000) untuk kempen itu dan datang ke Maryland untuk membincangkan masalah tersebut.

"Ketika beliau berada di Maryland, seseorang telah berbisik menyatakan, 'Lebih baik kamu pulang ke rumah dan membuat bekalan kerana Tuhan sedang memberi hukuman'," kata Robinson seperti yang dilaporkan akhbar Washington Blade.

Menurut laporan akhbar tersebut, kenyataan paderi itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan satu perhimpunan yang menentang perkahwinan sejenis di Maryland.

Jelas Robinson seperti yang dilapor akhbar tersebut, Sandy melanda AS minggu lalu ketika berakhirnya musim taufan.

"Taufan itu turut melanda Maryland, tetapi atas kuasa Tuhan, bencana alam itu tidak mengganas di sini," katanya.

Seorang lagi ketua agama, Noson Leiter dari pertubuhan Yahudi Torah Jews for Decency turut menyatakan perkara sama apabila menyifatkan Taufan Sandy sebagai balasan Tuhan disebabkan undang-undang perkahwinan sejenis yang disokong di New York.

Terdahulu, seorang lagi paderi, John McTernan di laman webnya mengaitkan Taufan Sandy dengan amalan LGBT dan pendirian Obama yang menyokong perkahwinan sejenis.

"Tuhan telah merancang untuk memusnahkan Amerika. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara kita tahun ini," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121107/lu_02/Taufan-Sandy-balasan-Tuhan#ixzz2BUbvJ474
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

Anonymous said...

Wonderful blog! I found it while browsing on Yahoo News.

Do you have any suggestions on how to get listed in Yahoo News?

I've been trying for a while but I never seem to get there! Thanks
My web page :: GFI Norte