SAHABAT BLOG

16 November 2012

Hanya Manusia Syaitan yang kenal syaitan




Hanya manusia yang berperangai syaitan sahaja yang mampu mengenali syaitan. Syaitan ni  makhluk ciptaan Allah yang bukan senang untuk dikenali kerana sifatnya yang tidak nampak. Namun demikian, jika manusia yang sentiasa berdamping dengan syaitan dan berkelakuan seperti syaitan mereka boleh kenal pasti mana satu syaitan dan mana satu manusia.

1 comment:

putrarahman said...

'Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan'

Abdul Rahim Sabri
1:58PM Nov 16 2012

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

Beliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi kemanusiaan.

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam.

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Sambil membacakan sepotong ayat al-Quran, Abdul Hadi berkata konsep adil dalam Islam adalah tawaran parti itu kepada rakyat.

Tambahnya, keadilan dalam Islam menyebabkan agama itu "bangkit mencapai kejayaan di zaman Islam berdaulat, mentadbir negara awal yang mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat madani".

Abdul Hadi berkata dalam negara berkebajikan, semua pihak akan berlumba-lumba melakukan kebajikan, iaitu kebajikan kerajaan terhadap rakyatnya.

Mengikut konsep itu, rakyat juga akan membantu kerajaan yang akan mewujudkan hubungan saling mengerjakan kebajikan antara miskin-kaya dan majikan-pekerja, katanya.



Tanya Mahathir

"Sifat adil yang dilaksanakan dalam Negara Berkebajikan ini adalah amal kebajikan yang membuahkan kasih sayang di kalangan manusia, sehingga merapatkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat, serta menjalinkan hubungan baik di kalangan sesama rakyat, seterusnya menarik musuh kepada insaf sehingga menjadi kawan dan sahabat yang setia," katanya.

Dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar muktamar itu, Abdul Hadi bagaimanapun enggan menyebut nama parti yang disifatkannyna sebagai "parti syaitan" itu, walau didesak pemberita.

"Pepatah Melayu menyebut, siapa makan lada, dia rasa pedas... Parti mana yang makan lada...," katanya.

Wartawan turut meminta Abdul Hadi mengesahkan sama ada akan kenyataan itu merujuk kepada parti pemerintah, namun MP Marang itu tetap mengelak dan mengatakan: "Sesiapa sahaja yang mengikut sifat-sifat itu".

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mencelah dalam sidang media tersebut sebaliknya meminta wartawan mengajukan soalan itu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir.

"Kamu kena bertanya kepada Mahathir. Dia yang memperkenalkannya... Dia boleh jelas... Tanya Dr Mahathirlah, dia yang memperkenalkan istilah itu".