Adus , mampus bahan tanoh. Basa cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajor. Majlis Kenduri kahwin orang yang meriah pun nak lapor SPRM. Tak pernah ada dalam sejarah sebuah majlis kenduri perkahwinan dilaporkan kepada pihak SPRM. Sebenarnya langkah ini bagus juga. Selepas ni kalau sape-sape buat kenduri kahwin diluar kemampuan kena berhati-hati kot-kot ada yang membuat laporan kepada pihak SPRM terutama anak-anak pegawai polis, pegawai Imigresen atau sesiapa sahaja.
Inilah masalahnya bila kenduri kahwin dia tak ramai yang datang, dia dengki pulak bila orang berpusu-pusu datang ke majlis kenduri kahwin orang lain. Ambil rasuahlah, ada penajalah, salah guna kuasalah, macam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan.
Dia dan Masyarakat tak tahu sekarang ni ramai yang nak buat kenduri kahwin sanggup berhutang berbaris sana sisi asalkan hajat tercapai. Ada yang sanggup himpun derma dari orang ramai melalui 'tol kenduri kahwin' atau duit 'salam kaut' kata orang Tranung untuk guna bayor perkhidmatan katering dan sebagainya. Aku tak katalah Ali Rustam berhutang kerana aku percaya, beliau kaya raya, jutawan dan bayak duit. Pemimpin UMNOlah katakan. Kalau setakat RM600,000 tu nak kira apa asalkan kenduri kahwin anak meriah dan sahabat dan rakan taulang dapat hadir. Anok pertama pulak tu yang kahwin. Yang hutang sana sini tu, aku cerita orang lain. Ramai yang terpaksa membuat personal loan dengan Bank untuk membuat kenduri kahwin. Ada sesetengahnya, hutang kahwin dia tak habis bayor lagi, hutang kahwin anak sulung pula yang dicari. Dunia, dunia.
Sumber Artikel>>>>
Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM
Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengetuai rombongan yang turut disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri Kamaruddin Sidek.
Shamsul berkata, tiga isu dilaporkan kepada SPRM, seperti berikut:
(1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri.
(2) Dakwaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.
(3) Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.
Kenyataan Shamsul direkodkan kira-kira sejam oleh pegawai SPRM.
Ali Rustam semalam dilaporkan menjelaskan kos untuk menganjurkan majlis itu murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah kehadiran - dilaporkan lebih 100,000 orang.
Akhbar itu juga memetik seorang setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan sebagai berkata, seramai 500 "sukarelawan" tidak dibayar dan penyedia makanan serta perkhidmatan juga berbuat demikian secara percuma.
Sementara The Malay Mail melaporkan Mohd Ali sebagai berkata, kos jamuan itu sebanyak RM600,000 dan bukan RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan, atau RM13 juta seperti dianggarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

No comments:
Post a Comment