Berita di bawah yang diambil dari blog INI langsung tidak masuk akal. Mana mungkin seorang warga asing boleh memperolehi Maykad dalam tempoh 3 bulan. Aku percaya sumber yang membawa berita berkenaan tidak mendapat maklumat yang sebenarnya daripada penerima mykad berkenaan. Mungkin penerima mykad berkenaan telah membuat permohonan dalam tempoh yang telah lama dan baru disedari oleh pemberi sumber.
Walaubagaimana pun, aku mengharapkan agar pihak berkuasa menyelidik juga perkara ini semoga tidak berlaku penyelewengan dan juga salah guna kuasa oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara.
Kebiasaanya apa sahaja yang didedahkan oleh pihak pembangkang, aku tidak ambil peduli kerana persepsi aku bahawa pendedahan mereka semuanya atas kepentingan politik mereka, tetapi apabila pendedahan yang dibuat melibatkan warga asing yang tinggal di negara ini tanpa kebenaran yang sah, yang paling aku benci dan cukup meluat, maka, aku ambil peduli jugalah.
Sebagai warganegara, sudah tentu aku tidak mahu ada warganegara asing yang senang-senang mendapat kewarganegaraan negara. Selepas mendapat kewarganegaraan, tunjuk lagak pulak. Jadi pemimpin dan menghasut rakyat sana sini. Lama kelamaan tidak mustahil negara kita ini bakal dipimpin oleh warganegara asing yang mendapat kewarganegaraan secara tidak sah itu. Mana boleh dibiarkan.
Namun demikian, hati kecil aku masih bersangka baik bahawa pemberian kewarganegaraan kepada warga asing masih mengikut saluran yang betul. Pendedahan yang dilakukan oleh parti pembangkang semuanya aku berniat jahat. Niat jahat mereka itu terserlah apabila mereka tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu tetapi terus mendedahkannya kepada orang ramai supaya orang ramai bertanggapan bahawa ada penyelewengan dalam pemberian kewarganegaraan.
SUMBER ARTIKEL>>
KUALA LUMPUR 3 OKT : Kementerian Dalam Negeri diminta memberi penjelasan bagaimana warga asing boleh mendapat MyKad dalam masa tiga bulan sedangkan beribu rakyat Malaysia dari komuniti India terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk mendapat kerakyatan.
Gerakan Jingga 13 hari ini mendedahkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran mendakwa menyaksikan sendiri ramai warga asing di daerah Keningau, Sabah diberikan Mykad hanya dalam tempoh tiga bulan.
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menegaskan, perkara ini perlu diselesaikan kerana melibatkan kedaulatan negara.
“Kita menuntut penjelasan Datuk Hishamuddin (Hussein) bagaimana warga asing boleh mendapatkan kad pengenalan dengan cukup mudah dalam tempoh tiga bulan.
Sedangkan masih ada puluhan ribu rakyat memiliki kad pengenalan merah yang dinafikan hak mereka sebagai warganegara,” katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen.
Kenyataan Justin dipetik daripada laman sesawang akhbar berpengaruh di Sabah, Daily Express yang menyatakan anggarkan sejumlah 10,000 warga asing di kawasan terbabit memiliki Mykad.
Semalam, MP Kuantan, Fuziah Salleh mendedahkan dua orang warga warga Filipina, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Sabah atas kesalahan menggunakan MyKad palsu. Mengikut daftar pemilih SPR, mereka berdua di daftar sebagai pengundi yang sah di Sabah dan Johor
No comments:
Post a Comment