Pemimpin PAS terkejut kerana mereka dijamu Ubi Kayu. Tak disangka-sangka makanan yang digunakan sebagai makan ganti nasi semasa zaman jepun dulu itu dijamu kepada mereka.
Bukan menghina Ubi Kayu, bahkan aku semasa kecik dulu pun, inilah makanan pagi yang paling popular aku mentekedarah. Dulu taklah sedap mana, tetapi sekarang ni rasa sedap pula bila makan ubi kayu.Seingat aku, tidak pernah ada lagi mana-mana pemimpin Melayu yang dijamu dengan Ubi Kayu. Ini merupakan satu mesej yang cukup jelas kepada pemimpin PAS agar berusaha dengan lebih gigih lagi supaya mereka dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Jika tidak , mereka akan menerima nasib seperti Melayu di Zaman Jepun iaitu makan ubi kayu.
Ada satu cerita pasal Ubi Kayu.
Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda yang hensem yang mempunyai isteri yang cantik. Satu tabiat buruk sang suami ialah malas memberus gigi. Setiap lepas makan, taik-taik giginya akan bertempek di gigi. Isterinya sudah banyak kali membebel dan menyuruh suaminya memberus gigi menggunakan pair halus dicampur dengan arang. Namun ibarat mencurah air ke daun keladi.
Suatu hari sang isteri mendapat idea. Pada satu hari minggu hari Sabtu, sebelum ke pekan, isteri telah memesan kepada suami supaya membeli tebu yang banyak untuk dibawa pulang. Apabila sampai di pekan, sang suami mencari tebu dimerata tempat tetapi tidak jumpa. Akhirnya untuk tidak menghampakan isterinya, sang suami membeli ubi kayu.
Apabila sampai dirumah, apabila sang isteri melihat suami membawa balik ubi kayu dan bukannya tebu, maka sang isteri mengeluh panjang. Katanya dalam hati, " aku minta dia beli tebu supaya taik-taik giginya boleh hilang, tetapi dibelinya ubi kayu, bukan bertambah kurang makin banyak adalah"
Itulah kisahnya.....Jadi moral of the story, tebu hendaklah dihidangkan bersama-sama dengan ubi kayu agar taik gigi tidak melekat dan bertempek di gigi.
Ubi kayu rebus dengan ikan tamban kiat
Catatan wartawan Mohd Sabri Said, | 21 Sep 2012 |
Hidangan ubikayu bercampur kelapa parut berlaukkan ikan tamban 'kiat' dan gelama masin mungkin bagi yang agak berusia merupakan menu yang cukup lazat tetapi bagi golongan muda belum tentu dianggap resepi yang baik bahkan pasti ada yang mengatakan ia adalah makanan ketinggalan zaman.
(Ubi rebus dengan kelapa)
Ketika saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Datuk Saleh Man menyertai program penutupan Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Husein ayahanda kepada Ahli Parlimen PAS yang pertama iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain yang menang di Krian, Perak.
Bila kami memasuki ruang makan untuk menikmati jamuan ringan sebelum majlis dimulakan dengan ucapan Pengetuanya, Ustaz Khairol Anuar Musa dan Datuk Saleh yang diiringi oleh pegawai dari Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk menyampaikan sebuah komputer riba dan projektor, kami terkejut bila semua hidanganya adalah hidangan di era zaman Jepun.
Menurut kata pengetuanya, mereka sengaja buat begitu untuk memberikan pengajaran serta pendedahan kepada anak-anak murid bahawa betapa sengsaranya orang Melayu dahulunya semasa di bawah pemerintahan negara matahari terbit itu.
Orang Melayu hanya makan ubi kayu kerana bahan itu mudah diperolehi, maklumlah di kampung pokok itu tumbuh merata di kawasan hutan atau dipinggir halaman rumah.
Puhh.... Sedapnya tidak terhingga...itulah barangkali ucapan yang keluar dari mulut sesiapa yang memakannya.
Saya mendapati Datuk Saleh dan para ustaz yang sebayanya bukan main lagi 'pulun' menikmati hidangan yang jarang dibuat sebagai menu mana-mana gerai makan mahupun restoran.
Jika ada gerai atau restoran yang berani menjadikan ubikayu belaukan ikan tamban kiat atau gelama masin pasti ada yang teruja untuk merasaikan keenakan makanan di era pemerintahan Jepun itu.
(Datuk Salleh Man melihat ubi kayu kelapa dengan lauk ikan tamban 'kiat' di majlis penutup sambutan kemerdekaan negara di Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Pulau Pinang )
Sepanjang berada di majlis tersebut saya asyik teringatkan makanan itu sehinggakan sekembali ke rumah saya lantas menyuruh isteri tersayang menyediakan hidangan tersebut bagi juadah sarapan pagi keesokanya tapi apakah daya ubi kayu walaupun ia dipandang rendah oleh sesetengah individu ekoran hidangan zaman lampau tiada bekalan termasuk tamban kiat untuk digoreng.
Sampai hari ini saya masih mengidamkan makanan itu dan sedang mencari di manakah ubi kayu untuk dibeli sebab di pasar malam pun ianya sukar didapati mungkin harganya sudah mahal tidak macam dulu dicabut dan dicampak begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang teringin mengambilnya.
Itulah kesan bila merasai makanan yang jarang dibuat orang khususnya bagi masyarakat yang sudah mengecapi kemajuan. Namun, makanan tersebut tidak menjadi masalah bagi masyarakat di luar bandar seperti Negeri Kedah.
Saya rasa tindakan Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena laksanakan menu yang kena pada tempatnya kerana golongan muda harus dibiasakan untuk merasai apa yang orang tua-tua dahulu rasai kerana kemajuan tidak akan dikecapi tanpa merasai terlebih dahulu erti sengsara.

No comments:
Post a Comment