SAHABAT BLOG

28 September 2012

Old Town White Kopi Kena Boikot? Padan Muka.

Apahal yang dorang duk kecoh-kecoh pasal halal haram minum kopi ni. Memanglah kalau sekadar minum kopi saje-saje tak isu halal haram, tetapi sape yang nak minum kopi saje-saje. Kurang-kurangnya nak juga ditaruk gula sikit, krimer sikit, susu sikit. Kalau stakat minum kopi biase-biase je macam yang dibuat diwarung kopi Pak Mat, atau Mak Minah, baik minum di rumah atau minum kopi "mai secawan" mana ada kelas. 

Sudah tentu kopi yang hebat itu mesti disediakan dengan hebat, mempunyai bahan yang hebat dan mempunyai tukang sedia yang hebat, barulah kopi tu hebat dan diingati walaupun dah bertahun-tahun minumnya. Isunya pasai apa kopi di warung Pak Mat atau Mak Minah tak hebat, tak menjadi sebutan ramai tetapi kopi yang disediakan di Starbuck ataupun Old Town White Kopi menjadi sebutan ramai. Sudah tentu cara penyediaannya, bahannya, hebat. Kalau setakat kopi campur susu atau kopi campur gula, mana mungkin ianya menjadi hebat. Sudah tentu ada bahan istimewa yang dicampurkan bagi menjadikan sesuatu kopi itu hebat dan tersangat sedap. Apa bahannya itu? Halal ke bahan itu? 

Sekarang ni, isu halal haram dah semakin rumit untuk difahami jika tidak diberi kefahaman dan penerangan yang jelas terutama kepada orang-orang kapir. Bagi mereka, yang haram ialah babi, arak dan anjing sahaja. Selain dari 3 perkara itu, maka tidaklah mereka faham,. Inilah yang berlaku kepada pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham yang mempertikaikan apabila ada orang kata minum kopi di Oldtown White Kopi itu haram.  

Aku tidak dapat membaikot Oldtown White Kopi walaupun aku menyokong kerana aku memang tak pernah minum di Oldtown White Kopi pun.

Aku tak mau ulas lanjut lagi, bacalah apa yang dicacatkan oleh sedare Dinturtle DISINI.


No comments: