Pembelajaran moral dan nilai-nilai Islam amat perlu ditekankan kepada para pelajar sekolah di semua peringkat. Tidak ada gunakannya jika mempunyai generasi yang hebat tetapi tandus nilai-nilai murni, tidak bermoral dan tidak mengamalkan nilai-nilai Islam.
Oleh itu, pelbagai kaedah hendak difikirkan oleh pihak sekolah untuk mengajar nilai-nilai murni Islam kepada para pelajar mereka dengan memberikan contoh-contoh pelanggaran nilai-nilai murni. Bukan sesuatu yang menghairankan dan tidak ada isu sebenarnya apabila ada pihak sekolah yang menjadikan perhimpunan haram sebagai satu contoh perlanggaran nilai-nilai murni masyarakat dan Islam khususnya.
Niat sekolah hanya hendak mengajar nilai-nilai murni kepada para pelajar supaya apabila mereka besar nanti janganlah menjadi orang yang tidak bermoral yang menyertai perhimpunan haram ataupun menjadi ahli pertubuhan haram ataupun melakukan hubungan haram dan segala-gala yang haram samada haram di sisi agama Islam ataupun haram di sisi undang-undang negara agar mereka semua tidak menjadi anak haram jadah.
'Sekolah tak berniat politikkan isu BERSIH 3.0'
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Baharu yang mengeluarkan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 menjelaskan pihaknya tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu.
"Kita tidak berniat untuk mempolitikkan (perkara ini). Kita tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
"Kita hanya menekankan nilai-nilai murni, tentang kerosakan yang berlaku (semasa perhimpunan)," kata Wan Hajasham Harun kepada Malaysiakini ketika diminta menjelaskan kontroversi sekitar soalan untuk kertas Pendidikan Moral tahun ini.
Kertas soalan yang bersebar di laman sosial Facebook itu memuatkan dua gambar semasa berlakunya perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?''.
Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya akan memohon maaf berhubung kejadian itu, Wan Hajasham berkata:
"Saya akan respons kepada pejabat pelajaran daerah dan kementerian sekiranya perkara itu dibangkitkan," katanya sambil menambah perkara itu tidak berbangkit setakat ini.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi semalam menjelaskan, kementeriannya tidak mendapat sebarang aduan mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk bertanggungjawab.
Beliau bagaimanapun berpendapat, jika perkara itu berlaku, soalan itu tiada masalah selagi tidak melibatkan sensitiviti kaum, agama atau menghina mana-mana individu.
SMK Jementah: Kami akan semak
Sementara itu, sebuah lagi sekolah yang menghadapi tuduhan sama Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah di Segamat pula menjelaskan sedang menyemak dakwaan itu dengan guru terlibat.
"Saya tak sangka... betulkah sekolah ini? Nanti saya akan periksa dengan cikgu (pendidikan) moral," katanya.
"Tapi memang tidak ada bawa politik atau perkauman dalam sekolah. Kita untuk moral, pelajar-pelajar belajar nilai moral, tak sentuh parti mana-mana," kata pengetuanya Janisah Haron

No comments:
Post a Comment