SAHABAT BLOG

29 September 2012

Baca Tajuk Dah Tak Selera


TERKINI


Putra: Di atas adalah tajuk-tajuk yang disalin dari Harakah. Satu pun tak ada yang positif, semuanya negatif. Macamana pembaca Harakah nak berfikir secara positif kerana setiap hari disogok dengan berita negatif.

 Ada tajuk menarik iaitu Nik Aziz lelong tongkat. Dah buang tabiat ke? Pemimpin PKR bermewah-mewah dengan menaiki Jet Peribadi, tetapi dalam masa yang sama rakan mereka PAS pula terpaksa jual harta peribadi untuk kutip dana Pilihanraya. Kesian sungguh. Angan-angan besar nak perintah negara, tetapi nak hadapi pilihanraya pun tak mampu. Acaner ni?

Baca berita pasal Nik Aziz lelong tongkat di bawah ni.. Agak-agak sape yang beli dan berapa harga yang dibidanya. Jangan dapat ke penjual ubat ataupun kaki nombor ekor sudahlah kerana nanti disalah guna pula oleh mereka. Tak pasal-pasal Nik Aziz dapat 'bahagian' juga.

Dana PRU13: Tuan Guru Nik Aziz lelong tongkat

Rizal Tahir,28 Sep 2012
KOTA BHARU:Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan akan melelong tongkat yang sering digunakan walau ke mana sahaja bagi membantu dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Tongkat yang berwarna gelap yang digunakan sejak sekian lama itu diharap dapat membantu menjana tabung PRU13.

Pengumuman mengejut itu dibuat pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan sesi kedua di Dataran Ilmu di sini.

Selepas pengumuman itu, Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan tongkat yang menjadi penemannya itu kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu kepada PAS Pusat.

Tuan Guru seterusnya berkata, sebelum ini wakil PAS Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana yang dimaksudkan,” katanya.

Tindakan Tuan Guru yang mengumumkan perkara itu, membuatkan orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah bangun untuk melihat secara dekat peristiwa bersejarah itu

1 comment:

nor rasid said...

hahaha...tongkat keramat dah layu, guan eng dah tempah dulu. untuk disimpan menghalau hantu. tapi kalau terdesak boleh juga dipukul punggung pok nik kalau dia banyak merapu. dalam buku jingga kata tak payah ada hukum hudud tapi sekarang bila penyokong dah kecawa dia plk yg terkedu mula nak hudud. mana yg betul aku pun tak tahu...