Lim Kit Siang menafikan beliau yang kecing di Bandera MB Selangor semasa peristiwa 13 Mei 1969. Pada masa itu aku baru berusia 2 bulan jadi tak dapatlah aku nak mengesahkan samada dia betul-betul kencing ataupun ada pelanduk lain yang muka serupa tetapi perut sahaja yang berbeza dengan beliau yang kencing.
Peristiwa 13 Mei 1969 mengikut sejarahnya adalah satu peristiwa hitam yang pernah tercatat dalam sejarah moden Tanahair. Macam aku cakap, aku masih bayi pada masa itu, jadi untuk mengetahui peristiwa tersebut, sejarah banyak membantu aku. Saksi hidup masih ramai lagi untuk menceritakan peristiwa 13 Mei 1969. Sebelum ini aku tak rasa ada dokumentari 13 Mei dilakukan oleh mana- mana pihak. Elok juga jika Discovery Chanel membuat dokumentari kerana jika Discovery Chanel yang buat, orang akan percaya dan tak ada yang berani nak saman. Kalau setakat filem Tanda Putera, masih boleh dipertikaikan kerana ianya adalah sekadar filem untuk cari untung, sudah tentu ada unsur-unsur komersial diselitkan di dalam filem.
Kalau Kit Siang tak kencing, sape yang kencing. Walaupun aku masih kecil pada masa tu, tetapi aku tidak setuju untuk bersetuju dengan Kit Siang selagi tidak dijalankan satu siasatan. Biarlah pasukan penyiasat membuat kesimpulan samada Kit Siang ataupun pelanduk lain yang rupa macam Kit Siang tetapi tang perut sahaja yang berbeza yang kencing. Tapi buat apa nak bazirkan duit untuk tubuh pasukan penyiasat kerana kita boleh tanya saksi-saksi yang masih hidup pada masa ini. Aku percaya tuduhan mengatakan Kit Siang kencing di bandera rumah MB Selangor pada 13 Mei 1969 dibuat oleh mereka yang menyaksikan sendiri peristiwa tersebut. Ianya bukanlah satu tuduhan palsu.
Boleh percaya ke Kit Siang kata dia tak ada di Kuala Lumpur pasda masa tu. Dia pergi mengadap Kuan Yew ke? Buat apa dia pergi mengadap Kuan Yew jika bukan hendak mendapatkan nasihat dan strategi selanjutnya. Sekarang ni pun kalau DAP dapat kuasa macam tu, mereka akan minta nasihat Kuan Yew dan Chin Peng. Hidup lagi ke Chin Peng. Baru-baru ni dengar ceritanya sakit tenat. Kalau Chin Peng mampos, ramai yang lega. Chin Peng ni macam dajal kepada rakyat Malaysia. Sebut nama pun orang dah takut. Bukan takut nak bergaduh, tetapi takut fitnah-fitnah yang boleh disebarkannya.
Walaupun aku masih kecil semasa 13 Mei 1969, aku tidak bersetuju untuk bersetuju dengan Kit Siang mengatakan bukan dia yang kecing di bandera rumah MB Selangor Dato' Harun Idris. Namun demikian, aku bersetuju untuk bersetuju supaya satu dokumentari dibuat oleh Discovery Chanel mengenai peristiwa 13 Mei 1969 supaya rakyat dapat gambaran yang lebih jelas akan peristiwa tersebut. Supaya kita tahu siapa yang kecing di Bandera rumah MB Selangor, adakah Kit Siang ataupun orang lain yang muka serupa dengan beliau tetapi perut sahaja yang berbeza.
Kit Siang nafi kencing di bendera rumah MB
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menafikan bahawa beliau pernah kencing di bendera rumah menteri besar Selangor menjelang tragedi 13 Mei 1969, seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem sejarah terbaru Tanda Putera.
"Jurucakap filem itu berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah.
"Mana dia bahan dokumen dan gambar menunjukkan saya kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, sedangkan saya tiada di Kuala Lumpur pada masa itu?
Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga berkata, bahan-bahan itu perlu ditunjukkan supaya babak sebegitu tidak dianggap hanya sebagai khayalan dan imaginasi semata-mata.
Malaysiakini pada 12 Julai melaporkan, Facebook rasmi Tanda Puteraarahan Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi 13 Mei dijangka mencetuskan kontroversi.
Ia memuatkan gambar dengan keterangan mendakwa Lim kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah Harun ketika DAP berarak ke sana untuk mendesaknya meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei.
Bagaimanapun, menurut seorang penggiat filem yang menghadiri tayangan pratontonnya sehari sebelum itu, babak tersebut tidak dimuatkan. Semakan Malaysiakini mendapati gambar dalam laman sosial kemudiannya dikeluarkan.
Shuhaimi - pengarah terbaik tiga kali dalam festival filem Malaysia - ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini enggan mengulas perkara itu.

No comments:
Post a Comment