SAHABAT BLOG

05 August 2012

Pelbagai Bangsa Menyokong Hudud PAS Kecuali Karpal Singh

Harakahdaily,05 Ogs 2012



Gambar di atas aku ambil dari Harakahdaily harakahdaily. Orang PAS mungkin melihat gambar ini dengan penuh rasa bangga kerana pelbagai bangsa bersetuju untuk turut bersetuju mengibarkan bandera PAS. Gambar ini memberi gambaran bahawa Cina, India dan pelbagai bangsa yang lain telah memberikan sokongan kepada PAS.

Memberi sokongan kepada PAS bermaksud memberi sokongan kepada perlaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS. Mereka tidak boleh bersetuju untuk tidak bersetuju bahawa PAS adalah sebuah parti yang sejak dilahirkan sehingga kini sentiasa sahaja memperjuangkan perlaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh di Malaysia ini. Mereka juga tidak boleh tidak bersetuju untuk bersetuju menyokong PAS kecuali Hudud kerana itu seolah-olah menghina asas dan dasar perjuangan PAS. 

Karpal Singh pastinya sedar bahawa pelbagai bangsa sebenarnya telah memberikan sokongan kepada cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi beliau keseorangan terus mempertahankan hujahnya menolak hukum hudud. 

Yang aku pelik, kenapa PAS takut untuk berhujah membantah Karpal Singh, sedangkan mereka sedar bahawa pelbagai bangsa telah menyokong PAS. Sepatutnya PAS gunakanlah kelebihan ini untuk dijadikan kekuatan kepada mereka untuk berhujah dengan Karpal Singh. Lim Guang Eng sendiri menjadikan pemerintah Islam yang mengamalkan hudud sebagai idola dan rujukan beliau iaitu Khalifah Umar bin Abd Aziz. Kenapa PAS tidak menggunakan kelebihan pendekatan pemerintahan Lim Guang Eng ini untuk berhujah menentang Karpal Singh? 

No comments: