SAHABAT BLOG

03 August 2012

MALAYSIA AKHIRNYA MEMPEROLEHI PINGAT PERTAMA OLIMPIK LONDON 2012

Akhirnya Malaysia berjaya memperolehi pingat di sukan Olimpik London 2012, cuma warnanya yang masih belum ditentukan lagi samada Emas ataupun Perak. Kejayaan ini diperolehi ekoran kemenangan bergaya Dato Lee Chong Wei mengalahkan Chen Long di Separuh Akhir Badminton.

Aku doakan Dato Lee Chong Wei berjaya menamatkan penantian Malaysia untuk mendapatkan kilauan pingat emas dalam sukan Olimpik.

Apa yang membanggakan aku ialah, apabila aku baca biodata Dato Lee Chong Wei, beliau mengistiharkan bahawa bahasa pertuturannya adalah bahasa Inggeris dan bahasa melayu dan bukannya bahasa Mandrin ataupun Hookein.

Lee Chong Wei Boleh. Malaysia Boleh. Aku Boleh........

Baca berita Utusan Di Bawah ini.


LONDON 4 Ogos - Pemain nombor satu badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan permainan mantap melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki setelah menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14.
Chong Wei dijangka bertemu Lin Dan dalam perlawanan akhir untuk merebut pingat emas. - UTUSAN

3 comments:

Anonymous said...

X mungkin emas...

Anonymous said...

semestinya bukan emas

putrarahman said...

Aku tak yakin Lee Chong Wei boleh masuk final.