SAHABAT BLOG

27 August 2012

DAP Ibarat Sebuah Mesin Pengisar Bangsa Melayu

Malaysia adalah sebuah negara Islam. Hakikat ini yang tidak mahu diperakui oleh sebahagian pemimpin bukan Islam di negara ini.  Mereka masih mendakwa bahawa negara ini masih bertaraf sekular kerana pada anggapan mereka bahawa ciri-ciri utama sebuah negara Islam itu dimuktamadkan apabila perlaksanaan undang-undang syariah termaktub. Pasal itu ada pemimpin bukan Islam yang sanggup mati jika ada pihak yang hendak melaksanakan hukum hudud dan qisas kerana bagi beliau hanya hukum hudud dan qisas sahaja yang boleh mengesahkan Malaysia ini adalah negara Islam. Apabila terlaksananya hukum hudud dan qisas, maka terkuburlah harapan mereka untuk menduduki kerusi nombor satu negara kerana tidak pernah akan berlaku seorang bukan Islam menjadi mengetuai sebuah negara Islam.Selagi hukum hudud dan Qisas tidak dilaksanakan, maka selagi itulah mereka masih boleh berharap.

Penghalang utama bagi DAP untuk menguasai negara ini adalah melayu dan bukannya Islam. Bagi mereka melayu tidak boleh ditukar atau dimurtadkan manakala Islam pula boleh mereka murtadkan. Oleh sebab itu, mereka tidak hairan dan tidak gusar untuk berkawan dengan PAS kerana PAS tidak mementingkan bangsa Melayu manakala pemimpin DAP beranggapan akidah Islam pemimpin PAS bukannya akidah Islam yang tulen, tetapi akidah politik Islam. Kekuatan akidah Islam pemimpin PAS hanyalah disebabkan kepentingan politik dahulu, barulah kepentingan Islam. Pada bila-bila masa boleh dipujuk ataupun digertak untuk menukar akidah atas alasan politik. Contoh terbaik adalah pemimpin PAS sanggup membuang cita-cita mereka untuk memperjuangkan sebuah negara Islam, dan digantikan dengan negara berkebajikan. Semuanya ini gara-gara peranan DAP.

Dengan UMNO, DAP sentiasa kalah kerana UMNO ini mempunyai akidah Melayu yang kuat dan akidah Islam yang tulen. Mereka tidak menggunakan Islam sebagai dasar politik mereka. Oleh itu akidah Islam para pemimpin UMNO tidak boleh digertak ataupun dipujuk atas sebab politik. Pemimpin UMNO berjuang untuk bangsa Melayu. UMNO berjuang untuk sebuah negara Melayu. Melayu itu adalah Islam. Apabila negara melayu dapat dipertahankan, secara tidak langsung Islam dapat disyiarkan dengan megahnya. Sebab itu DAP bermati-matian hendak memastikan UMNO ini hancur kerana apabila UMNO hancur dan berkubur, maka Melayu dan Islam pun turut terkubur di Malaysai ini. Terkubur dalam ertikata tidak dapat disyiarkan dengan megahnya.

DAP ibarat sebuah mesin pengisar yang bakal menghancurkan bangsa Melayu. DAP bakal mengucar -kacirkan bangsa Melayu dan bakal memecah-belahkan bangsa Melayu. Bagi mereka melayu ini  menyusahkan dan menjadi penghalang untuk mencapai cita-cita besar mereka. DAP boleh berpura-pura menjadi "Islam" tetapi mati hidup balik mereka tidak sanggup menjadi Melayu walaupun sekadar berpura-pura.  DAP sanggup untuk belajar membaca Al Quran, sanggup untuk bertakbir bersama-sama PAS, tetapi mereka tidak sanggup untuk memakai songkok, berbaju Melayu  kerana bagi mereka itu semua  menjadikan mereka kelihatan Melayu. Bagi mereka untuk kelihatan seperti melayu,  minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.  

Aku tidak faham kenapa masih ada melayu yang sanggup bersengkokol dengan DAP, sanggup menolong DAP untuk mengisar bangsa Melayu. Mereka ini akan dikenang sepanjang masa. sepanjang zaman sebagai penyebab kehancuran bangsa Melayu. Jangan hairan jika suatu masa yang akan datang, ada anak melayu yang akan kencing di atas kubur pengkhianat bangsa melayu ini. 

No comments: