SAHABAT BLOG

22 July 2012

Ustaz Haji Hadi, Minta Tengok Kiri-Kanan Juga


RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.

"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.

"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.



COKAM: Buruk sangka betullah Presiden PAS ini terhadap pemimpin UMNO. Pernah ke sebelum ini Pemimpin UMNO menyusahkan rakyat apabila mengumumkan tarikh Pilihanraya?. Mungkinkah jika dia yang menjadi Perdana Menteri, perkara ini yang akan dilakukannya. Menggunakan strategi yang menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi sebagai satu kelebihan. Dia boleh tahu ke  yang susah itu semuanya penyokong PAS, penyokong BN macam aku ni tak susah ke? Dia boleh hitung ke berapa ramai penyokong PAS dan berapa ramai penyokong BN yang pulang beraya?

Kenapa PM hendak menyusahkan penyokongnya sendiri untuk keluar mengundi sedangkan PM tahu bahawa dia memerlukan seberapa banyak sokongan dalam PRU 13 nanti. Lainlah kalau PM tahu bahawa yang susah semuanya penyokong PAS. 

Presiden PAS cuma nampak penyokong dia sahaja. Dia tak pandang kepada penyokong BN. Mereka pun susah juga. Sebagai seorang Presiden yang berpeluang menjadi PM, beliau tidak boleh hanya fokus kepada puak-puak dia sahaja. Dia kena tengok secara menyeluruh.

Aku peliklah kenapa seorang Presiden boleh berfikir macam Presiden PAS ini. Apa yang ada dalam kepala dia pun aku tidak tahu. Kadang-kadang buah fikiran yang diluahkan oleh beliau mengambarkan tahap pemikiran beliau. Malang sungguh PAS mempunyai Presiden seperti ini.

No comments: