SAHABAT BLOG

23 July 2012

Keahlian Abby Abadi Sebagai Ahli PAS Tidak Sah Kerana Tidak Mengikut Peraturan Permohonan Keahlian PAS?

Sekarang ini berita blog yang paling orang suka baca ialah pasal Abby Abadi. Tulis apa sahaja pasal Abby Abadi pasti ramai yang rajin nak baca. Kali ni aku nak tulis cerita pasal permohonan Abby untuk menjadi Ahli PAS.

Permohonan menjadi ahli PAS artis Abby Abadi tidak sah kerana ianya dibuat tanpa mengikut peraturan dan saluran yang betul yang telah ditetapkan oleh PAS. Mengikut peraturan yang telah digariskan oleh Parti PAS, Abby Abadi wajib menghantar borang permohonan untuk menjadi ahli PAS kepada setiausaha cawangan ataupun setiausaha agung dan bukannya kepada Mursyidul Am.

Untuk memasyhurkan permohonan beliau untuk menjadi ahi PAS, Abby Abadi telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursidul AM PAS tanpa menyedari bahawa perbuatan beliau itu telah tidak mengikut peraturan yang digariskan oleh parti PAS. Glamour memang glamour kerana berjaya menyerahkan borang menjadi ahli kepada Musrsyidul Am. Kalau rakyat biasa, mungkin payah sedikitlah untuk mendapat peluang ini.


(Abby Abadi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am malam tadi)
Di bawah ini adalah syarat yang digariskan oleh PAS untuk memohon menjadi ahli PAS. Perhatikan kepada perkataan mestilah dan juga kecuali. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud tidak boleh diingkari. Jika ingkar maka terbatallah permohonan yang dibuat. Di dalam peraturan di bawah ini tidak ada pun nama Mursyidul Am kecuali Setiausaha Cawangan dan Setiausaha Agung.

Jadi aku yakin bahawa permohonan Abby Abadi untuk menjadi ahli PAS diterima tetapi isunya, ianya dibuat tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak PAS sendiri.

Permohonan

  1. Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana is berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut:

    • Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun;


    • Di mana-mana tempat yang tidak ada Cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS yang berdaftar terus.


    • Dengan tidak mengindakan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus ke Pejabat Agung.
  2. Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat.


  3. Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditandatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang menjadi pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu.

No comments: