SAHABAT BLOG

08 July 2012

Hubungan Sulit yang Tidak Sulit

COKAM: Namapun hubungan sulit, sudah tentu orang lain tak tahu termasuk isteri sendiri. Jadi aku hairan apabila isteri Lim Guang Eng boleh menafikan bahawa suami beliau tidak terlibat dengan hubungan sulit dengan bekas pekerjanya. Kalau hubungan itu diketahui oleh orang lain, bukan hubungan sulitlah namanya, kecuali orang yang mengetahui itu terserempak ataupun mereka yang mempunyai hubungan sulit tu memberitahu orang lain ataupun ada CCTV yang menunjukkan hubungan sulit tersebut macam dalam kes CSL dan AI.

Suami Isteri anak menantu LKS ni sebenarnya bijak. Masa dalam DUN Melaka  tak dinafikan pertanyaan MCA Melaka. Dicabar untuk Ketua MCA Melaka membuat persoalan itu diluar dewan supaya mereka boleh saman. Jahat dan licik. Ketua MCA Melaka tu hanya membuat pertanyaan sahaja. Adakah sama antara membuat pertanyaan dengan membuat tuduhan. Macamana boleh saman orang yang membuat pertanyaan. Pelik betul aku.

Aku agaklah  bahawa mereka sedar apabila disoal di luar dewan walaupun sekadar bertanya,  Utusan pasti akan membuat liputan punya.  Kalau tak dapat saman ketua MCA Melaka, mereka harap boleh menyaman Utusan, dah tentu ratusan ribu ringgit senang-senang je diperolehi. Bukan sekali mereka dapat hasil dengan menyaman Utusan, dah banyak kali dah Utusan terperangkap dengan mainan mereka.

Isu tampal plaster. Aku tak berani nak tuduh pasal apa ianya berlaku. Kalau Lim Guang Eng kata disebabkan luka mengaru , itulah yang aku terima. Panjang betul kuku mun Lim Guang Eng. Lama mana dah mun tak potong kuku, atau dah tak ada yang sudi nak tolong potongkan?. Syok betul Lim Guang Eng mengaru gatal sehingga tak sedar kulit dah melecet dan berdarah. Atau pun beliau mengaru dahi  yang tidak gatal. Aku pun rajin juga mengaru sehingga kulit melecet, tetapi taklah sampai tampal plaster. Orang tampal plaster biasanye disebabkan luka kecil. Aku tak peduli, mengaru ke atau dibaling astray ataupun terhatuk meja, atau dicakar harimau ke, aku harapkan semoga Lim Guang akan tewas dalam PRU 13 nanti.

No comments: