Hari ini 01 Ramadhan 1433H bersamaan 21 Julai 2012 Masihi. Umat Islam di seluruh Malaysia mula berpuasa. Berpuasa ini boleh mencegah atau mengubati pelbagai jenis penyakit ataupun mengurangkan risiko dihidapi penyakit. Bukti paling nyata ialah bagi mereka yang suka menghisap rokok. Apabila berpuasa, bermakna dari 6 pagi hingga 7 malam , mereka berjaya mengurangkan jumlah kemasukan nikotin ke dalam tubuh masing-masing. Maka mereka berjaya mengurangkan risiko penyakit disebabkan rokok. Malamnya pula, bagi yang kurang masa hendak bersenam, mereka boleh melakukan senaman ringkas terutama di bahagian pinggang apabila mereka bersolat Tarawih.
Bulan Ramadhan ini juga kita boleh lihat sifat sebenar seorang manusia itu kerana di bulan Ramadhan ni, semua syaitan telah dirantai. Jadi kalau ada manusia yang melakukan perbuatan mungkar seperti mencuri, mengumpat, menfitnah, mencaci, mencuri dan sebagainya, mereka tidak boleh meletakkan kesalahanan kepada Syaitan. Itu semua adalah perangai semulajadi mereka. Kalau bukan bulan Ramadhan pun syaitan tak payah nak susah payah menghasut golongan ini, buang masa je. Mereka inilah manusia yang bertuah kerana bebas hasutan Syaitan. Kalau sesiapa yang sering berkawan dengan Syaitan atau yang sentiasa menggunakan syaitan untuk mencari rezeki seperti tok bomoh, maka bulan Ramadhan ni rezeki mereka berkuranglah nampaknya.
Dalam dunia bloger, bulan Ramadhan ni cukup menguji keimanan kerana banyak betul cobaan dan godaannya. Godaan hendak menulis hal-hal yang tidak elok, godaan hendak mengumpat, godaan hendak menghina orang, godaan hendak mengaibkan orang, godaan hendak melihat porno dan sebagainya cukup kuat. Bulan Ramadhan ni kita boleh bezakan mana satu bloger yang mempunyai tingkat puasa paling atas dan mana satu yang berada ditingkat paling bawah dan mana satu bloger yang tidak berpuasa. Bulan Ramadhan ni juga kita boleh lihat Bloger mana yang bertuah yang bebas dari hasutan Syaitan.
No comments:
Post a Comment