SAHABAT BLOG

18 July 2012

Antara Lim Kit Siang dan Tun Dr Mahathir, Siapa Sebenarnya Diktator

DIKTATOR

1. Gelaran, seperti label untuk barangan berjenama, sukar untuk dikikis. Berasas atau tidak, gelaran kekal sepanjang hayat. Oleh itu gelaran amat berguna dalam politik, terutama gelaran yang memburuk musuh. Buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan hentikan mengguna gelaran.

2. Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya.

3. Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator.

4. Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator.
5. Sekarang kita sedang melihat kejatuhan beberapa ketua negara yang dicap sebagai diktator. Hosni Mubarak umpamanya dituduh membunuh beribu ahli Muslim brotherhood. Dia juga dikatakan telah mengumpul harta kekayaan bernilai 70 billion dolar Amerika.

6. Semasa saya berada di Kaherah di zaman Mubarak untuk bermesyuarat, apabila Presiden Mubarak bermotor dari istananya ke tempat persidangan, jalan yang dilalui olehnya dikosongkan dan askar bersenjata lengkap berderet sepanjang jalan. Di atas bumbung bangunan terdapat askar ‘sharp-shooter’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Presiden.

7. Istana Presiden dikelilingi tembok tinggi dan askar bersenjata berada di sekililing sepanjang masa.

8. Musuh Mubarak tidak dibenar berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa dibicara dan dihilangkan.

9. Selama 30 tahun Mubarak menjadi Presiden, pemilihan bagi jawatan ini tidak pernah ditandingi oleh orang lain. 99% daripada undi didapati oleh Mubarak.

10. Tidak ada kebebasan bersuara atau akhbar bebas. Tidak ada pilihanraya untuk ahli dewan. Siapa sahaja boleh dilantik oleh Mubarak untuk menjadi menteri. Mereka juga boleh dibuang bila-bila sahaja.

11. Ada lagi diktator yang dikenali umum. Hitler mendirikan pemerintahan kuku besi Nazi di Jerman. Enam juta Yahudi dibunuh dalam kamar gas. Yang tidak dibunuh, disiksa sehingga ramai yang mati.

12. Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Presiden Rumania Nicolae Ceauşescu yang dibunuh, dan ramai lagi yang dicap sebagai diktator. Demikian juga Gadaffi dan Saddam Hussein.

13. Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator.

COKAM: Artikel di atas adalah luahan hati Tun Dr. Mahathir yang tidak puashati apabila beliau telah dilabelkan dengan sesuatu label da gelaran yang dirasakannya tidak tepat. Kalau label atau gelaran yang diberikan itu sesuatu yang manis dan sedap didengar tak apalah juga, tetapi gelaran-gelaran dan labelan yang diberikan itu membawa maksud yang sungguh tidak disenangi oleh pemilik tubuh.

Aku pun sebenarnya cukup hairan dan bingung sekali apabila memikirkan perangai para pemimpin parti pembangkang ni terutama PAS. Mereka ini cukup hina dan daif sekali apabila melabelkan seseorang pemimpin UMNO terutamanya dengan gelaran-gelaran yang bertujuan menghina dan sungguh aib kepada orang Islam. Kalau yang memberikan gelaran itu dikalangan pencacai-pencacai murahan aku tidak hairan, tetapi ada di kalangan pemimpin yang berjawatan tinggi di dalam parti yang tidak aku namakan turut sama menyahut dan menyambung gelaran-gelaran yang kurang enak itu dipentas-pentas politik murahan mereka.

Inilah perangai manusia yang sudah hilang kewarasan mereka apabila berhadapan dengan musuh-musuh politik. Mereka sanggup untuk melakukan pelbagai perkara termasuk memberikan gelaran-gelaran yang bertujuan menghina dan menjatuhkan imej musuh-musuh politik masing-masing.Gelaran yang tidak tepat ini bukan sahaja dinyanyi oleh orang dewasa tetapi mereka turut meriwayatkannya kepada anak cucu mereka dari generasi ke generasi.

Sudah takdir Ilahi bahawa Barisan Nasional sentiasa menjadi pilihan Allah untuk memimpin Malaysia. Pemilihan ini bukannya ditentukan oleh seorang manusia bernama Mahathir tetapi ianya ditentukan oleh jutaan manusia. Mereka bukan sengaja mengerakkan tangan mereka untuk memilih Barisan Nasional tetapi tangan mereka telah digerakkan  oleh hati-hati mereka. Hati mereka pula bukannya digerakkan oleh nafsu yang membabi buta, tetapi hati-hati mereka digerakkan oleh akal yang waras setelah mendapat ilham dari Allah S.W.T. untuk memilih Barisan Nasional. Tidak dinafikan mungkin ada di antara mereka yang mengundi kerana nafsu, tetapi kebanyakkannya memilih untuk mengundi selain dari Barisan Nasional. Akhirnya alhamdulillah nafsu tidak mampu untuk menewaskan akal.

Kenapa aku cakap pengundi BN menggunakan akal, kerana akallah yang telah menjadi penyuluh dan panduan kepada mereka untuk melihat keikhlasan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional untuk membantu memajukan Malaysia ini dalam semua segi. Manakala para pengundi pembangkang telah dibutakan oleh nafsu mereka sehingga tidak nampak semua perkara itu. Akal mereka sebenarnya telah ditutup hijabnya untuk memandu hati-hati mereka untuk memilih sesuatu yang berfaedah untuk mereka. Akal mereka telah dipesongkan oleh pemimpin mereka yang sentiasa di dalam kegilaan untuk merebut kuasa. Ya, kerana kuasa pemimpin pembangkang rela dan sanggup menutup hijab akal para penyokong mereka sehingga penyokong mereka tidak nampak apa yang terbaik untuk masa depan anak cucu cicit mereka di masa-masa yang akan datang.

Kasar dan pedih mungkin dirasai oleh para penyokong pembangkang artikel aku ini, tetapi mereka kena belajar untuk menerima kekasaran dan kepedihan ini sebelum kepedihan dan kekasaran yang maha dasyat bakal mereka hadapi suatu masa akan datang jika mereka masih tidak membuka hijab akal mereka untuk mengawal nafsu mereka dalam PRU13 nanti. 

No comments: