SAHABAT BLOG

09 July 2012

Akibat Terlalu Taksub

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

COKAM: Angkara sape ni? Sampai ke tahap ini boleh berlaku jika ketaksuban terhadap sesuatu atau seseorang tidak boleh dikawal lagi. Kalau nak dikatakan pasangan itu tidak waras, tidak logik kerana dua-dua sekali melakukan perkara yang sama.

Jadi apa yang boleh aku simpulkan, ketaksuban terhadap seseorang ataupun terhadap sesuatu agenda itu boleh menyebabkan huru hara yang lebih besar jika tidak dibendung sedari awal lagi.

Tidak mustahil perkara yang sama bakal berlaku selepas PRU 13 nanti dimana ketaksuban yang melampau-lampau boleh menyebabkan keputusan PRU 13 digantung.

No comments: