COKAM: Aku langsung tidak bersetuju dan mengutuk keras tindakan penyebaran kandungan nota tidak dapat disahkan secara bebas dan tidak bertuan oleh Malaysiakini. Nota yang didakwa diseludup keluar dari Kem Kemunting oleh kakitangan kem kemunting sendiri untuk diserahkan kepada Malaysaikini.
Penyebaran berita begini yang boleh mengaibkan kerajaan hendaklah disiasat akan kebenarannya dan jika berita yang disebarkan oleh Malaysiakini ini didapati tidak benar, pihak kerajaan hendaklah mengambil tindakan ke atasMalaysaikini supaya lebih bertanggungjawab ke atas penyebaran berita yang berupa fitnah dan hasutan. Jika ada peruntukkan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap Malaysiakini, tindakan tersebut hendaklah diambil sebagai pengajaran terhadap Malaysiakini kerana tindakan mereka menyebarkan berita yang berbentuk hasutan dan fitnah boleh menyebabkan timbul perasaan benci yang melampau rakyat kepada kerajaan sehingga boleh menimbulkan keadaan tidak selamat di dalam negara.
Menjelang PRU 13 yang semakin hampir, semakin banyak fitnah-fitnah dan hasutan yang sedang tersebar di sana - sini yang disebarkan oleh mereka yang tidak kenal dosa dan pahala. Pihak-pihak yang tidak mengenal dosa dan pahala ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat dan objektif perjuangan mereka tercapai. Rakyat pula semakin ramai yang mudah mempercayai berita-berita yang dibawa tanpa diusul periksa terlebih dahulu.
Dalam kes nota dari kemunting ini, pandangan aku ialah, sekarang ini begitu ramai 'graduan' Kem Kemunting termasuk Ezam Mohd Nor, Ibrahim Ali, dan ramai lagi yang pernah menjadi 'mahasiswa' di kemunting. Minta mereka bersumpah dan membuat akuan berkanun, adakah benar seperti apa yang ditulis di dalam nota berkenaan pernah dialami oleh diri mereka sendiri.
Nota mengharukan dari Kamunting
“Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.
Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.
Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.
Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:
Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.
Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.

- Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"
- "Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"
- "Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"
- Minyak panas dilumurkan ke kemaluan
- Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan
- Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari
- Mencucuh kemaluan dengan api rokok
- Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari
Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.
Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.
No comments:
Post a Comment