SAHABAT BLOG

19 June 2012

Nik Aziz dan kisah pelepah Pisang Tua

Dr Mahathir dan kisah pelepah pisang
Ini kisah pelepah kelapa dan pelepah pisang. Apa bezanya antara kedua-duanya? Nampak seperti sama sahaja sebab kedua-duanya adalah pelepah. Kalau sama sahaja, apa pula keistimewaannya hingga ia patut diperkatakan dalam kolum kita minggu ini?

Sebenarnya ada perbezaan besar antara pelepah kedua-dua pokok itu. Pelepah kelapa apabila sudah tua, dengan sendirinya ia akan jatuh ke bumi. Atau dalam bahasa orang politik, apabila sudah sampai masanya, dengan sukarela seseorang pemimpin itu akan berundur.

Pelepah pisang pula lain sifatnya, makin tua makin susah atau liat untuk luruh atau gugur ke pangkalnya. Sampai reputpun, pelepah pisang tetap berpaut pada batang pisang. Pelepah pisang tidak sanggup turun dari tempat yang didudukinya walaupun di atasnya sudah penuh dengan pelepah-pelepah yang lebih segar dan muda.

COKAM: Artikel diatas aku copy sebiji dari Malaysiakini bertarikh 21 Okt 2003 yang ditulis bertujuan menyindir Tun Dr Mahathir yang telah lama menjadi Perdana Menteri dan tidak ada tanda-tanda akan mengundurkan diri.

Ha ha ha ha ha ha ha ha ...... Sekarang ini terbukti siapa yang sebenarnya pelepah Pisang tua. Tun Dr. Mahathir telah membuktikan diri beliau adalah seorang ahli politik yang bermaruah atau dalam bahasa sindirannya pelepah kelapa tua. Pelepah kelapa yang tua apabila gugur ke bumi masih diperlukan atau masih berguna lagi, masih berkhidmat lagi kepada masyarakat. kadang-kadang ianya membakar diri bagi memberikan manfaat kepada ramai pihak.

Pelepah pisang tua pula tidak sanggup untuk meninggalkan tempat bergantungnya kerana dia sedar bahawa dirinya tidak akan jatuh kecuali dijatuhkan atau direntap dengan kasar atau dicantas untuk jatuh. Pelepah pisang tua ni memang liat. Dah tua kerepot pun masih tidak mahu gugur. Dia sedar kalau dia digugurkan, alamatnya ianya akan dicincang-cincang untuk dijadikan baja.

Sekarang ini pemimpin politik yang layak memegang gelaran pelepah Pisang tua adalah Nik Aziz

No comments: