COKAM: Kasar bunyi tajuk kali ni. Aku ikut tajuk Malaysiakini yang guna perkataan halau. Macam halau kambing pulak bunyinya he he he. Bukan sekali dua kita mendengar kisah penghuni dihalau dari kediaman masing-masing di dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Bermula di Pulau Pinang, kini merebak ke Kedah pula. Apa sebenarnya yang berlaku kepada 141 penghuni rumah pangsa Seri Gemilang, Kampung Batin di Alor Setar yang dihalau oleh kerajaan negeri Kedah dari kediaman masing-masing.
Walaupun kerajaan Kedah dikatakan bertindak mengikut undang-undang tetapi undang-undang tersebut dicipta oleh manusia dan manusia juga yang boleh melanggar dan menangguh perlaksanaannya. Jika hukum Allah pun masih boleh ditangguh perlaksanaannya inikan pula undang-undang yang dicipta oleh manusia.
Dalam soal ini aku percaya pencacai Pakatan haram Rakyat akan menyalahkan kerajaan UMNO terdahulu kerana penghuni yang dihalau itu telah mendiami rumah berkenaan semenjak tahun 2006. Mereka akan kata itu masalah UMNO kerana tidak menyelesaikan perkara tersebut.
Bukan aku nak kata, kadang-kadang aku sendiri bosan dengan kerajaan BN ni. Undang-undang terlalu banyak tetapi penguatkuasaan teramat kurang. Sebut sahaja perkara berkaitan dengan apa, semuanya ada undang-undang termasuk merokok ditempat awam. Namun penguatkuasaannya macamana?
Aku tidak salahkan kerajaan BN seratus peratus. Bagi sesiapa yang memahami kerajaan BN, mereka akan tahu bahawa kerajaan BN ini adalah kerajaan yang mendengar masalah rakyat, sebuah kerajaan yang terlalu berlembut dengan rakyat, sebuah kerajaan yang terlalu baik hati dengan rakyat. Oleh itu aku yakin disebabkan sifat-sifat inilah kerajaan BN tidak mengambil tindakan terhadap penduduk terbabit pada tahun 2006.
Lain halnya dengan kerajaan Pakatan Rakyat, bagi mereka undang-undang tetap undang dan setiap rakyat mesti patuh kepada undang-undang. Tak ada kompromi dan tiada budi bicara. Jika ada pihak yang melanggar undang-undang, "see you in court". Biar mahkamah yang putuskan siapa yang benar dan siapa yang salah.
Kadang-kadang ada bagusnya pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Haram Rakyat ni, kerana buat apa jika ada undang-undang tetapi tidak mahu dikuatkuasakan. "You buat salah, maka you tanggunglah", yang penting duit masyuuuuuk. Namun demikian, jangan pula penguatkuasaan berpilih pula yang diamalkan. Jika melihat kepada sejarahnya seolah-olah penguatkuasaan berpilih bakal dilaksanakan oleh mereka.
Jadi kepada rakyat sekalian, jika ada yang masih liat untuk mematuhi undang-undang terutama yang berkaitan dengan tanah pusaka seperti tidak diusahakan dan tidak dibayar cukai, maka mulai sekarang ini kenalah bertindak dengan bijak. Jika semasa pemerintahan kerajaan BN, bolehlah dilengah-lengahkan atau disambillewakan kerana kerajaan BN ni sebuah kerajaan yang memahami dan perihatin kepada rakyat. Jarang kedengaran kerajaan menguatkuasakan undang-undang pengambilan tanah sewenang-wenangnya. Namun jika ditakdirkan kerajaan Pakatan Haram Rakyat memerintah, boleh jadi tanah pusaka tuan-puan bakal melayang begitu sahaja.
Terpulanglah kepada rakyat pada PRU 13 nanti. Adakah hendak memilih Pakatan Rakyat yang akan menguatkuasakan segala undang-undang yang diperuntukkan tanpa kompromi ataupun masih mahu kekal dengan kerajaan BN yang begitu perihatin dengan masalah rakyat dan memahami kesusahan rakyat.
Baca kisah dan cerita 141 penghuni rumah pangsa yang dihalau ini di SINI.
No comments:
Post a Comment