SAHABAT BLOG

16 June 2012

Kenapa Pemimpin dan Penyokong PAS gerun artikel ini...Baca di bawah.

Semenjak 50 tahun yang lampau, Malaysia telah dikenali sebagai sebuah negara Islam yang cukup sederhana  tetapi cukup hebat dalam pembangunannya. Dikalangan dunia Islam samada di dalam OIC. OPEC dan sebagainya, Malaysia memang dikenali ramai sebagai sebuah negara yang mempunyai pemimpin Islam yang sentiasa sahaja memelihara dan menjaga kesucian Islam sehinggakan banyak pihak luar sana yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sedang pesat membangun. 

Namun sayang keharuman nama Malaysia di mata dunia Islam ini sebenarnya tidak dihargai oleh sebahagian rakyatnya sendiri. Ramai di kalangan mereka yang membuat tuduhan yang bukan-bukan dan cacian yang melampau terhadap pemimpin Islam yang mengharumkan nama negara tersebut. Tuduhan dan cacian ini berpunca perebutan kuasa disebabkan perbezaan fahaman politik. 

Adakah puak-puak yang mencaci dan menuduh itu merasakan bahawa pemimpin luar negara, ataupun ulama negara luar negara tidak tahu perjalanan pemerintahan di Malaysia ini? Adakah pemimpin dan ulama luar itu tidak mengetahui di Malaysia ini arak masih dijual, hudud tidak dilaksanakan, judi masih diusahakan. Bodoh sangatkah mereka sehingga tidak mengetahui semuanya itu?. 

Dalam keadaan maklumat yang boleh diperolehi di hujung jari , dunia tanpa sempadan, aku percaya pemimpin Islam dan juga ulama-ulama luar negara mengetahui kedudukan sebenar keadaan pemerintahan negara kita ini, tetapi walaupun demikian, mereka masih memuji bahkan ada yang melarang dan mencegah rakyat negara ini menentang kerajaan sedia ada dengan cara yang tidak demokratik seperti BERSIH 3.0.

Terbaru, Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.

Katanya Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.

Jika pemimpin dan tokoh agama luar negara memuji dan meyokong kerajaan sedia ada, usaha yang dilakukan kepimpinan sedia ada, maka buat apa  aku menghormati dan memberikan sokongan kepada mereka yang menafikannya, mereka yang menuduh dan mencaci kepimpinan sedia ada. 

Pada pendapat aku, tidak sepatutnya pemimpin parti pembangkang mempertikaikan kerajaan sedia ada, carilah usaha dan ikhtiar yang lebih terhormat untuk memperolehi kuasa. Bukannya menggunakan kesucian Islam dan ayat-ayat Al Quran untuk mencaci dan menuduh pemimpin Islam bagi tujuan  merampas kuasa.

Orang PAS tidak mahu baca berita di bawah ni  kerana mereka telah diasuh sedari kecil untuk menolak segala kebenaran dan perkara yang baik mengenai kerajaan BN. Jika mereka terbuka hatinya, bacalah....


Syeikh Al-Azhar minta rakyat Malaysia sokong kerajaan


KUALA LUMPUR 16 Jun - Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia.

Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.
"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.

"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" di sini, hari ini.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula semalam hingga 17 Jun.

Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.

Sheikh Mahmoud Ashour turut memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat.

"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat, dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya.

Beliau menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting. - BERNAMA.

No comments: