SAHABAT BLOG

15 June 2012

Ikon Negara Cina bakal menjadi Warganegara Baru Malaysia

COKAM: Dengar ceritanya 2 ekor Panda Cina akan datang ke Malaysia. Panda ni binatang kesayangan Cina. Boleh jadi ini merupakan satu penghormatan kepada Malaysia untuk memelihara Panda ini. Kalau hubungan antara PM Najib dengan kerajaan Cina tak erat, tak mungkin mereka rela dan sanggup untuk menghadiahkan binatang yang hampir pupus ni yang menjadi kebanggaan dan kesayangan pemimpin dan rakyat Republik of Cina.

pandatolongmenolongcomel Comel Sangat   Aksi beruang panda comel dan kiutAku percaya keputusan kerajaan untuk sanggup menerima dan memelihara binatang ini merupakan satu keputusan yang bijak bagi mengambarkan hubungan baik antara kerajaan Cina dan kerajaan Malaysia. Walaupun ianya sekadar binatang, tetapi bukan binatang yang biasa. Panda ini berada di dalam kelas tersendiri dan menjadi lambang dan ikon bagi kerajaan Cina. Kesudian kerajaan Cina menyerahkan panda kepada Malaysia melambangkan seolah-olah kesudian kerajaan cina menyerahkan lambang dan ikon negara mereka kepada orang luar. Aku percaya , buka satu keputusan yang mudah bagi mereka untuk menyerahkan lambang dan ikon mereka itu kepada pihak luar tanpa adanya hubungan istimewa antara kedua-dua pihak.

Bagi mengambarkan keistimewaan binatang itu kepada kerajaan Cina dan bagi menzahirkan keputusan yang mereka buat itu sesuatu yang tidak mudah, mereka sanggup menghantar  6 orang pegawai dari kerajaan mereka bagi tujuan memantau lokasi dan persediaan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menempatkan panda berkenaan.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, aku rasa bangga dan terharu dengan kesanggupan kerajaan Cina untuk menyerahkan 2 ekor beruang Panda mereka untuk dipelihara di negara ini. Dalam mas yang sama, aku cukup sedih apabila ada orangramai yang mempermain-mainkan perkara ini dan ada ada juga yang memperolok-olokkannya apabila ada yang menamakan panda berkenaan dengan nama-nama yang bertujuan bukan-bukan dan mempersendakan pemimpin negara.

Sebagai meyahut seruan untuk menamakan Panda ini, kalau aku mempunyai kuasa untuk menamakannya, maka aku namakan panda tersebut dengan nama "Satu" dan "Malaysia". Panda jantan dinamakan "Satu" dan panda betina dinamakan "Malaysia". Ianya bukan bertujuan mempersendakan slogan 1Malaysia tetapi satu penghormatan kepada Slogan berkenaan sehingga sanggup digunakan untuk menamakan satu jenis haiwan yang hampir pupus yang menjadi lambang dan kesayangan sebuah negara kuasa besar dunia. Jadi apabila para petugas atau pelancong hendak memanggil nama panda berkenaan, mereka akan menyebat Satu Malaysia.


Pertandingan menamakan sepasang beruang panda dari China

CYBERJAYA 14 Jun - Satu pertandingan akan diadakan bagi menamakan sepasang panda yang bakal diterima dari kerajaan China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertandingan tersebut bertujuan mendapatkan nama sesuai untuk panda yang bakal diterima menerusi perjanjian antara kerajaan dan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA).

''Saya difahamkan akan ada pertandingan untuk menamakan panda ini, saya ingin menyeru anda semua untuk tampil dengan cadangan,'' katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Latihan Global Malaysia (MGTC) Huawei di sini hari ini.

Perjanjian dalam bidang pemeliharaan panda dengan China itu mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyokong usaha negara berkenaan menambah bilangan spesies terancam itu yang kini hanya berjumlah 1,600 ekor.

Sementara itu, enam pegawai pemantau dari China tiba hari ini untuk meninjau lokasi penempatan sepasang panda yang bakal diterima Malaysia.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman berkata, kumpulan pegawai tersebut akan mengambil masa dua hari untuk melihat tahap kesesuaian penempatan sepasang panda itu di Taman Wetland.

Katanya, antara aspek yang akan dinilai ialah tahap kesesuaian cuaca dan juga tabiat pemakanan haiwan terbabit ketika berada di sini.

"PPj percaya Taman Wetland akan memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki malah satu ruang khas juga akan dibina khas untuk panda berkenaan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Samsudin, satu kawasan seluas kira-kira enam hektar disediakan untuk menanam pokok buluh iaitu makanan utama spesies berkenaan.

Katanya, terdapat 15 jenis buluh yang dimakan haiwan terbabit dan tiga daripada sedia ada di Taman Wetland iaitu buluh pagar, buluh betung dan buluh Thailand.

Selain itu, katanya, beberapa spesies buluh yang terdapat di Taman Wetland juga telah dihantar ke China untuk dinilai tahap kesesuaiannya bagi dijadikan makanan haiwan terbabit.

"Kita telah hantar buluh ke China untuk diuji, mereka akan memberi makan buluh tersebut kepada panda di sana untuk melihat tahap kesesuaiannya," katanya.

No comments: