SAHABAT BLOG

28 June 2012

DAP kata Hudud tiada Dalam Perlembagaan. Mengarut...Baca di bawah ni...

NONELim Guang Eng mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar,"

"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.

"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.

COKAM: Di atas ini adalah petikan kata-kata "Khalifah" Lim Guang Eng yang diambil dari malaysiakini.
Pendirian DAP berkenaan hudud  penuh dengan kepura-puraan. Lebih malang dan jijik lagi mereka memaksa parti gabungan mereka iaitu PAS supaya menerima kepura-puraan mereka tersebut.

DAP menyatakan Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana hudud tiada peruntukkan di dalam Perlembagaan. Namun demikian dalam masa yang sama ada atau tidak peruntukkan perlembagaan yang menyatakan bahawa Hudud tidak boleh dilaksanakan? Adakah Lim Guang Eng berpendapat semua yang dilaksanakan di Malaysia ini disebut secara khusus di dalam Perlembagaan?

Sebenarnya pada pendapat aku yang bukan pakar perlembagaan ini, Hudud itu ada disebut secara terselindung di dalam Perlembagaan di bawah peruntukman perkara 3(1). Perkara 3(1) secara jelas merekodkan bahawa Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan. Apabila disebut sebagai agama bagi persekutuan, bermakna segala ajaran yang terkandung di dalam Islam itu menjadi amalan kepada Persekutuan. Contohnya apabila dikatakan bahawa Haji Ibrahim Ali itu seorang Islam, maka sebagai seorang Islam, Ibrahim Ali hendaklah mengamalkan segala ajaran Islam kecuali mana-man ajaran yang tidak mampu untuk beliau kerjakan. Begitu juga dengan Lim Guang Eng yang merupakan seorang penganut Kristrian, maka Lim Guang Eng sepatutnya mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalam agama Kristian itu. Jadi, apabila dikatakan Islam itu adalah agama bagi Malaysia dan hudud itu merupakan salah satu dari ajaran di dalam agama Islam, maka adalah tidak bertentangan dengan Perlembagaan jika sekiranya Hudud itu dilaksana dan diamalkan oleh Malaysia di bawah prinsip Islam adalah agama bagi persekutuan.

Adakah DAP  tidak tahu atau pura-pura tidak mahu mengetahui bahawa Hudud itu adalah sesuatu yang terkandung di dalam Agama Islam?.  Aku tidak percaya DAP terutama Lim Guang Eng tidak mengetahuinya kerana sebagai seorang yang ingin mengamalkan pentadbiran khalifah Umar Abd Aziz, perkara ini sudah tentu di dalam pengetahuan beliau. Jadi jelaslah bahawa DAP cuma mengelirukan orang Islam dan paling malang, perbuatan mereka ini ditakbirkan oleh PAS.

Jangan ditanya kenapa UMNO tidak melaksakan Hudud. UMNO sedari dulu mengetahui bahawa Perlembagaan membenarkan Hudud dilaksanakan dan   UMNO tidak pernah menjadikan alasan perlembagaan sebagai sebab mengapa mereka menolak untuk melaksanakan Hudud. Bukan sahaja UMNO, bahkan parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA. MIC mengetahui perkara ini. Oleh sebab itu kita mendapati parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC begitu keras menolak perlaksanaan hukum hudud kerana mereka tahu perlembagaan membenarkan Hudud dilaksanakan.

Namun dcemikian,  atas perinsip Islam adalah agama bagi persekutuan, maka banyak ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Islam itu diamalkan oleh UMNO termasuk munakahat, muamalat, syariah dan sebagainya. Setakat ini tidak pernah ada pihak yang membantah  perlaksanaan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam ini walaupun tidak yang tidak disebut secara khusus di dalam Perlembagaan. Contohnya adakah pihak yang membantah larangan  kerajaan untuk membenarkan perkahwinan campur antara Islam dengan bukan Islam?  Pernah ada pihak yang mencabar larangan ini atas dasar tidak disebut di dalam Perlembagaan?

PAS sepatutnya tidak menerima alasan DAP ini dan PAS tidak sepatutnya membenarkan DAP memaksa mereka untuk menerima konsep "Peruntukkan Hudud tidak ada di dalam Perlembagaan" yang menjadi pegangan DAP. Mereka sepatutnya menerangkan bahawa mengikut perlembagaan pesekutuan, hudud ini boleh dilaksanakan di bawah perkara 3 (1) kerana ianya adalah salah satu cabang ajaran Islam. Islam itu sendiri menjadi agama amalan bagi persekutuan.

Itu aku punya pandangan.  Namun demikian, pakar perlembagaan Dr. Aziz Bari pula ada pandangan beliau tersendiri. Beliau menyatakan bahawa Sikap negatif dan kefahaman yang salah menjadi punca mengapa tekad politik (political will) untuk melaksanakan hukum hudud tidak wujud di Malaysia. BACA SINI. Beliau menegaskan bahawa Hudud boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan.

JIKA PAKAR PERLEMBAGAAN KATA HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN TANPA PERLU PINDA PERLEMBAGAAN, KENAPA DAP KATA HUDUD TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN KERANA TIDAK DISEBUT PERUNTUKKAN  DI DALAM PERLEMBAGAAN.

JADI SEKARANG NI SIAPA YANG BETUL, DAP ATAU PAKAR PERLEMBAGAAN. KESIMPULAN AKU, DAPM CUBA UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT DAN PADA MASA YANG SAMA MEREKA KELIHATAN SEPERTI MEMAKSA PAS MENERIMA KONSEP MEREKA INI.




No comments: