SAHABAT BLOG

02 June 2012

Bila lagi Nak PRU ni, tak sabor rasanya nak Undi BN....



Himpunan hijau yang dianjurkan oleh PAS diakui berjaya menarik puluhan ribu penyokong mereka seluruh dunia untuk berhimpun di Stadium Darul Aman. Aku tak menafikan bahawa himpunan berkenaan berjaya jika objektif utamanya adalah untuk menghimpunkan puluhan ribu pengikut mereka. 

Kalau objektif hanya untuk menunjukkan bertapa berjayanya PAS menghimpunkan para penyokong mereka dari seluruh negara, aku fikir tak ada sebabnya tujuan mereka itu mendapat restu dan redhai Allah kerana jelas dan nyata tujuan tersebut diiringi dengan sifat riak, sombong dan takabur. Mereka riak dan takabur kerana mereka berjaya mengalahkan mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh musuh mereka iaitu UMNO.

Aku akui bahawa PAS adalah sebuah parti yang sentiasa sahaja berjaya untuk menghimpunkan para pengikut mereka berbanding UMNO. Bukan sahaja sekarang ini tetapi sejak dahulu lagi memang begitulah keadaannya. Sebut sahaja dimana dengan syarat para penyokong mereka ada kelapangan. kebetulan sekarang ini musim cuti sekolah, maka  tidak hairanlah kehadiran penyokong PAS begitu ramai sekali. 

Apa yang aku pelajari ialah,  lebih mudah jika sekiranya hendak menghimpunkan pemberontak berbanding menghimpunkan pengikut ataupun penyokong kerajaan. 

Di dalam diri pemberontak ni mengalir  darah  pejuang yang sentiasa sahaja ingin memberitahu kepada orang ramai bahawa mereka adalah pejuang. Manakala pengikut atau penyokong kerajaan pula kebiasanya tidak mempunyai darah pejuang dalam diri mereka. Mereka lebih suka duduk diam dan mengikut sahaja. Mereka mengharapkan sepenuhnya kepada para pemimpin mereka untuk bercakap dan berjuang bagi pihak mereka.

Kenapa situasi ini berlaku, dan adakah ianya boleh mempengaruhi tampuk pemerintahan sesebuah negara. Adakah pemberontak akan berjaya menumbangkan kerajaan? 

Untuk menjawab persoalan ini, kita kena lihat kepada sistem pemilihan pemerintahan yang diamalkan oleh negara tersebut. Jika sistem pemerintahan yang diamalkan adalah sistem raja Mutlak ataupun diktator aku percaya pemberontak mungkin boleh berjaya merampas pemerintahan negara. Namun demikian, jika pemerintah dipilih melalui sistem demokrasi dimana semua rakyat berhak memilih pemimpin mereka melalui undi pilihanraya, maka pemberontak susah hendak mengambil alih kerajaan. 

Walaupun kehadiran pemberontak ataupun penentang kerajaan sentiasa sahaja melimpahi ruang perhimpunan manakala perhimpunan kerajaan sentiasa sahaja lebih kerusi dari perserta, tetapi ianya bukan menandakan kerajaan tiada penyokong ataun kekurangan penyokong kerana sebagaimana aku katakan, pengikut kerajaan malas  menonjolkan sokongan mereka. Mereka tunggu hari pilihanraya, barulah mereka memberikan sokongan mereka kepada kerajaan.

Jadi sekarang ini, ikhlas aku beri tahu ramai penyokong kerajaan sudah tidak sabar hendak pilihanraya kerana mereka ingin menzahirkan sokongan mereka kepada kerajaan dan menutup mulut para penentang kerajaan. Makin lama lagi Pilihanraya hendak diadakan, maka makin bosan mereka menunggu. Makin sakit hati mereka kepada para penentang kerajaan. 

2 comments:

Anonymous said...

setuju bebenar..

Anonymous said...

betul-betul-betulll