COKAM: Aku nak tanya pemimpin PAS dan Penyokong mereka, tak rasa bersalah atau berdosa ke dengan pemimpin UMNO. Bukan apa, selama ni mereka seronok mengutuk kerajaan BN kononnya kerajaan BN ni menggalakkan maksiat kerana meluluskan pusat hiburan, meluluskan perjudian, meluluskan arak dan sebagainya.
Bukan mereka tak sedar bahawa hiburan, judi, arak itu bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam bukannya untuk orang Islam. Disebabkan mereka sedar dan tahulah makav sekarang ini mereka pun membenarkan perkara-perkara ini di negeri yang mereka kuasai. Mungkin ada yang kata, yang diluluskan adalah pusat hiburan bukannya lesen menjual arak. Dah namanya pusat hiburan@disko, sudah tentu arak turut sama dijual secara sah. Mana ada pusat hiburan@disko yang tak jual arak.
Dek kerana hendak meraih undi, PAS ni sanggup memburukkan orang lain walaupun mereka juga sebenarnya melakukan perkara yang buruk. Namun demikian, mereka tidak pernah memperakui kebaikan orang lain walaupun perkara yang sama turut mereka lakukan. Ini dinamakan hipokrit. Adakah mereka sanggup mendengar apabila ada pihak yang kata PAS adalah parti hipokrit, pemimpinnya hipokrit, penyokongnya hipokrit.
Dalam kes di Kedah ni lagi dasyat, pusat hiburan yang tidak diaktifkan pun mereka aktifkan semula kerana kononnya memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam. Aku tak tahulah tidak aktif tu pasal apa. Mungkin semasa pemetintahan BN dulu tidak diaktifkan. Aku tidak mahu menuduh ini disebabkan desakan dari DAP, kerana mungkin DAP tak desak pun, tetapi PAS sengaja nak adakan dengan alasan untuk memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam sedangkan maksud tersiratnya adalah mungkin untuk menarik pengundi bukan Islam agar terus menyokong mereka dalam PRU13 nanti.
Artikel lagi GANAS boleh di baca di SINI
MB: Kedah lulus empat lesen hiburan baru
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.
Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.
"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum...," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.
Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.
Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.
Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.
Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.
Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.
"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.
Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.
- Bernama

1 comment:
Waalaikumusallam, Blog cikgu dah pun saya masukkan dalam senarai.
TQ
Post a Comment