SAHABAT BLOG

01 June 2012

Awas Pemfitnah Bersiri Mencari mangsa baru....

NONEPertuduhan rasuah terhadap seorang pemimpin wanita UMNO berhubung pemberian pinjaman mudah oleh kerajaan kepada syarikat milik suami beliau telah ditutup oleh pihak SPRM. Penutupan kes ini disebabkan SPRM mendapati tuduhan tersebut merupakan sesuatu yang tidak mempunyai bukti. Dalam erti kata lain tuduhan tersebut adalah satu fitnah. Ianya dilakukan oleh mereka yang mengharapkan dengan fitnah tersebut pemimpin wanita itu akan menerima padahnya dan UMNO akan turut terpalit sama. 

Sungguh jijik niat dan perbuatan mereka kerana , pemimpin wanita tersebut telah menerima padahnya dan UMNO pun terkial-kial untuk menangkisnya. Inilah bahana fitnah dan Islam sendiri meletakkan fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Insyaallah, sesiapa yang memfitnah akan dihumban ke dalam neraka jahanam sekiranya mereka tidak bertaubat kepada Allah S.W.T dan memohon maaf kepada mangsa fitnah mereka.

Setelah gagal memfitnah pemimpin wanita tersebut, kini pemfitnah bersiri sedang merancangkan membuat satu fitnah baru. Jika fitnah pertama gagal, maka apa salahnya membuat fitnah baru. Kita lihat siapa yang bakal menjadi mangsa fitnah seterusnya. Apa nak hairan kerana memfitnah ni seumpama bercakap bohong. Sekali berbohong, berkali-kali pula akan berbohong bagi menutup bohong-bohong sebelumnya. . 

Menabur fitnah ini sudah menjadi satu keseronokan kepada mereka. Mereka seronok apabila fitnah mereka itu dipercayai oleh orang ramai. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi kepada mangsa fitnah mereka asalkan matlamat mereka tercapai. Sungguh malang jika kita mempunyai pemimpin Melayu yang menjadi pemfitnah bersiri. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, awas pemfitnah bersiri sedang berkeliaran dan jika tidak dibendung, negara akan huru hara negara  daripada fitnah-fitnah mereka.

Nota: Gambar di atas hanyalah hiasan sahaja dan tiada kaitan dengan artikel ini.


2 comments:

Anonymous said...

Kalau dah konfim tak terlibat, bagi lah balik jawatan ijat yang di pegang sebelum ini. Biar pihak yang memfitnah bertambah sakit hati dan jiwa mereka. Saman mereka tu Ijat. Jangan tak saman.

putrarahman said...

Imej dah tercalar, susah nak bangkit balik kerana rakyat dah termakan fitnah yang dilemparkan. Namun kalau pihak pembankang yang kena fitnah, imej makin naik bukannya makin tercemar.