SAHABAT BLOG

16 May 2012

Selamat Hari Guru Cikgu...

Hari ini 16 Mei iaitu Hari Guru. Kalau aku tidak melakukan kerja sekarang ni, maka gurulah pilihan aku yang utama. Kalau aku jadi Guru 23 tahun yang lalu, mungkin sekarang ni dah jadi Pengetua sekolah.

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru aku yang pernah mengajar aku (yang mana aku masih ingat)

1.Cikgu Sulong Abd Rahman     - Guru Besar Sek. Keb. Dusun mengajar aku sekitar 1978-1981
2. Cikgu Mat Samat                  -Cikgu Sek. Keb.Dusun - mengajar kau sekitar 1978 -1981
3.Cikgu Zainal Abidin Ahmad    - Cikgu BI Sek.Keb Dusun -  mengajar aku sekitar tahun 1977-1981
4. Cikgu Ridhuan Kadir             - Cikgu SMTAI - mengajar aku Matematik sekitar tahun 1983-1984
5. Cikgu Man Bakar                 - Cikgu SMTAI - Mengajar aku sekitar tahun 1983-1984
6. Cikgu Derus                         - Cikgu SMTAI - mengajar aku sekitar tahun 1983-1984
7. Cikgu Kamariah                   - Cikgu Biologi SMTAI - mengajar aku sekitar 1985-1986
8. Cikgu Maziah Majid              - Cikgu SMTAI - Mengajar aku sekitar tahun 1985-1986
9. Ustaz Mohamad                   - Ustaz SMTAI -mengajar aku sekitar tahun 1985-1985
10. Cikgu Ramli                       - Cikgu Kimia SMTAI - Mengajar aku sekitar 1985-1986
11. Cikgu Zainab                      - Cikgu Ekonomi di SMPM - Mengajar aku sekitar 1987-1988
12. Cikgu Roslah Awang          - Cikgu Biologi di SMPM - Mengajar aku sekitar 1987-1988
13. Cikgu Aida                        - Cikgu Fizik di SMPM - Mengajar aku sekitar 1987-1988

Sebenarnya ramai lagi cikgu-cikgu yang mengajar aku, cuma aku dah lupa nama mereka. Maklum sahajalah dah lebih 25 tahun berlalu.Nama-nama yang aku senaraikan di atas itu masih melekat dalam ingatan aku. Ada antara cikgu-cikgu aku yang telah meninggal dunia. Nama mereka tidak aku senaraikan di sini seperti Arwah Cikgu Ngah, Arwah Cikgu Man Kadir, Arwah Cikgu Weil, Arwah Ustaz Harun, semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mereka semua dan ditempatkan bersama-sama para solihin.

Terima kasih cikgu kerana telah mengajar aku selama ini sehingga aku menjadi seperti sekarang ini.



1 comment:

pemuda melayu kedah said...

blog saudara sudah dipaut ke blog saya